Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah bukti-bukti penyimpangan-penyimpangan syiah dari agama islam (bahagian 4)

9 tahun yang lalu
baca 2 menit
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 4)

🔗 Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 4)

🔥Umat Islam Menurut Agama Syiah🔥

❕Diriwayatkan secara dusta atas Ja’far bin Muhammad ash-Shadiq, bahawa beliau berkata, “Darahnya (seorang muslim) adalah halal (untuk ditumpahkan). Akan tetapi saya mengingatkan, jika engkau mampu merobohkan tembok kepadanya, atau menenggelamkannya di dalam air agar orang lain tidak menyaksikan kejadian tersebut, maka lakukanlah.” (‘Ilal as-Syara’i, hlm. 601)

👊🏼 Ulama Syiah pada masa ini bernama Ayatullah Khumaini berkata, “Pendapat yang paling kuat adalah menghukumi an-Nawashib (umat Islam) sebagaimana Ahlul Harb (orang kafir yang diperangi), yang boleh diambil hartanya sebagai ghanimah (harta rampasan perang) dan dikeluarkan seperlimanya (dari harta itu). Bahkan yang nampak, hartanya boleh dirampas dimanapun berada dan wajib untuk mengeluarkan seperlimanya.” (Tahrirul Wasail 1/352)

🔥 Yusuf al-Bahrani, ulama Syiah menegaskan, “Seorang muslim secara umum adalah tidak boleh dirampas hartanya dari segi hukum Islam. Hal ini bertentangan dengan pernyataan kelompok yang berada di atas kebenaran (Syiah), baik salaf (terdahulu) mahupun khalaf (sekarang), bahawa hukum an-Nawashib (seorang muslim) adalah kafir, najis, hartanya boleh diambil, bahkan diperbolehkan untuk dibunuh.” (Al-Hadaiq an-Nadhirah 12/323-324)

📂 (Buku Poket Al-Ilmu, Edisi Khusus 1436H/2015M, Tinjauan Singkat & Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Tentang Syiah)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/1miKO07