Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

ubat bagi mengatasi ketakutan & kekhawatiran

5 tahun yang lalu
baca 3 menit
Ubat Bagi Mengatasi Ketakutan & Kekhawatiran

💊🌎 Ubat Bagi Mengatasi Ketakutan & Kekhawatiran

☝🏼Tidak sedikit di antara kita yang merasa panik, takut dan cemas akan wabak COVID-19. Khawatir wabak ini akan menimpa diri atau keluarga kita. Bagaimana cara mengatasinya? Ada faedah dari al-Imam Ibnul Qoyyim yang menjelaskan bahawa terdapat sebuah manzilah (kurniaan dari Allah) yang namanya Sakinah (ketenangan/ketenteraman) bagi mengubati perasaan cemas dan takut ini. Perkataan Sakinah ini, Allah sebutkan 6 kali di dalam Al-Qur’an:

• Al-Baqarah: 248
• At-Taubah: 26
• At-Taubah: 40
• Al-Fath: 4
• Al-Fath: 18
• Al-Fath: 26

Ibnul Qoyyim berkata, di kala Syaikhul Islam Ahmad bin Abdul Halim menghadapi ujian yang amat berat, dimusuhi dakwahnya, diancam keselamatan nyawanya, tertekan jiwanya, beliau akan mengulang membaca 6 ayat tentang Sakinah itu dari Al-Qur’an.

Dan Ibnul Qoyyim pernah mendengar ketika Syaikhul Islam sedang menghadapi ujian yang berat itu, beliau mengatakan kepada salah seorang dari kerabatnya agar dibacakan 6 ayat tentang Sakinah itu. Setelah dibacakan, Syaikhul Islam katakan, Allah telah mencabut rasa gelisah dari diriku dan Allah gantikan dengan ketenteraman.

Malah Ibnul Qoyyim sendiri mengakuinya, beliau ketika dalam keadaan yang sulit dan takut, maka beliau akan membaca dan mentadburi makna-maknanya. Dan itu membawa pengaruh besar kepada ketenteraman hati beliau.

Jadi jelas di sini, Allah telah sebutkan ayat-ayat Sakinah ini kepada para Nabi ketika para Nabi itu menghadapi kesulitan dan ketakutan. Itu adalah pelajaran berharga buat kita bahawa ketenangan dan ketenteraman adalah kurniaan dari Allah. Oleh itu banyakkanlah berdoa, banyakkan beristighfar, banyakkan mendekatkan diri kepada Allah dan pasrahkan kepada Allah serta menjalankan sebab-sebab yang telah kita ketahui. Ini adalah ujian dari Allah. Hanya Allah yang mampu mengangkatnya. Jangan melemah. Baca dan tadburi ayat-ayat tersebut agar kita mendapat ketenteraman.

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf