📜 Tiga Perkara Yang Diingatkan Oleh Al-Farouq
كتب الفاروق عمر بن الخطاب رضي الله عنه:
• تعلموا سورة براءة.
• وعلموا نساءكم سورة النور.
• وحلوهن الفضة.
(سنن سعيد بن منصور – التفسير 1003)
Al-Farouq Umar bin al-Khothob رضي الله عنه berkata dalam suratnya:
• Pelajari oleh kalian Surah Baroah (At-Taubah).
• Ajarkan Surah An-Nur (pada isteri dan puteri kalian).
• Serta hiasi mereka dengan perak.
(Sunan Said bin Mansur – At-Tafsir 1003)
✅ Umar bin al-Khothob رضي الله عنه katakan itu kerana:
• Surah At-Taubah padanya terdapat hukum-hukum tentang jihad, wala’ wal baro’ serta masalah keberanian sehingga kaum lelaki perlu mempelajarinya.
• Surah An-Nur mengajarkan tentang kehormatan, hijab, menutup aurat serta hukum-hukum tentang zina dan cambuk (sebatan), sehingga kaum wanita perlu mempelajarinya.
• Adapun perak maka ia merupakan perhiasan yang indah dan harganya lebih murah dari emas maka tidak membebani (suami atau ayah).
Wallahu a’lam.
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf