🚫🌅🌺🌹Tidak Mengenal Allah Kecuali Di Bulan Ramadhan Sahaja (Versi Bahasa Malaysia)
📑 Al-Allamah Asy-Syaikh Ibnu Baaz rahimahullah ditanya:
📫 Pertanyaan: Di sana ada perkataan yang menyatakan:
(لا يفلح قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان)
“Tidak akan beruntung suatu kaum yg mana mereka tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramdhan.”
Apakah ini hadits?
🔓Jawaban: “Ini di antara perkataan sebahagian salaf (ulama terdahulu). Sebahagian salaf ditanya tentang suatu kaum yang mana mereka beribadah dan bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan. Maka jika Ramadhan telah berlalu mereka meninggalkan (beramal). Maka ia berkata:
بئس القوم لا يعرفون الله إلا في رمضان.
“Seburuk-buruk kaum, mereka tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan.”
✋🏻 Dan hal ini benar jika mereka menyia-nyiakan kewajipan. Adapun jika tidak (menyia-nyiakan kewajipan), hanya saja ia meninggalkan sebahagian semangat ibadahnya, maka perkataan ini tidak tepat untuknya.
💡 Akan tetapi yg dimaksud adalah mereka yang meninggalkan kewajipan-kewajipan. Iaini misalnya dia solat lima waktu di bulan Ramadhan, lalu ia tinggalkan solat lima waktu di luar Ramadhan. Maka ini adalah seburuk-buruk kaum. Kerana mereka telah kafir dengan sebab itu. Meninggalkan solat (dengan sengaja) itu kafir.
☝🏻 Kita memohon keselamatan kepada Allah. Adapun kalau ia meninggalkan sebahagian perkara mustahab (sunnah) di luar bulan Ramadhan, maka ini tidak memudharatkan.
🌅 Kerana manusia di bulan Ramadhan itu bersungguh-sungguh dalam berbagai macam ibadah yang mustahab, bersedekah dan selain dari itu. Maka jika ia bermalas-malasan dalam hal itu setelah keluar Ramadhan dalam ibadah yang mustahab (sunnah), maka tidak boleh dikatakan sebagai “seburuk-buruk kaum”.”
📚 Sumber || http://www.binbaz.org.sa/noor/10454
🌎 Kunjungi || http://forumsalafy.net/tidak-mengenal-allah-kecuali-di-bulan-ramadhan/
⚪ WhatsApp Salafy Indonesia
⏩ Channel Telegram || http://bit.ly/ForumSalafy
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf