Tauladan Dari Kisah Para Anbiya Yang Bijak Dalam Menghadapi Cubaan Dengan Diam
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
قَالُوٓاْ إِن يَسۡرِقۡ فَقَدۡ سَرَقَ أَخٞ لَّهُۥ مِن قَبۡلُۚ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفۡسِهِۦ وَلَمۡ يُبۡدِهَا لَهُمۡۚ قَالَ أَنتُمۡ شَرّٞ مَّكَانٗاۖ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا تَصِفُونَ
“Mereka berkata, “Jika dia mencuri, maka sungguh sebelum itu saudaranya pun pernah pula mencuri.” Maka Yusuf menyembunyikan (kejengkelan) dalam hatinya dan tidak ditampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya), “Kedudukanmu justeru lebih buruk. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan”.” (Yusuf: 77)
• Nabi Yusuf عليه السلام tidak membalas ucapan saudara-saudaranya dengan perkataan yang membuat mereka marah, namun beliau lebih memilih diam dan hanya berkata dalam diri beliau sendiri bahawa “kedudukan kalian yang sebenarnya lebih buruk”. Ertinya kalian mencela aku padahal keadaan kalian jauh lebih buruk.
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَتَوَلَّىٰ عَنۡهُمۡ وَقَالَ يَٰٓأَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَٱبۡيَضَّتۡ عَيۡنَاهُ مِنَ ٱلۡحُزۡنِ فَهُوَ كَظِيمٞ
“Dan dia (Yaqub) berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf” dan kedua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya).” (Yusuf: 84)
• Nabi Yaqub عليه السلام menyembunyikan kesedihannya dan diam menahan amarahnya terhadap anak-anaknya.
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا
“Maka makan, minum dan bersenanghatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.” (Maryam: 26)
• Allah perintahkan Maryam untuk diam kerana jika beliau bicara (tentang anak yang beliau lahirkan) itu tidak akan dipercayai oleh mereka dan tidak ada gunanya.
• Pelajaran berharga: Orang yang mencintaimu akan memahamimu dari raut wajahmu, dari pandanganmu, dari kalimat-kalimatmu dan cara penyampaianmu. Adapun orang yang tidak senang padamu mereka tidak akan memahami semua itu dan kalaupun mereka faham, mereka tidak akan mendukung dan membelamu. Maka tidak segala sesuatu boleh kamu sampaikan dan kamu buka dengan terang-terangan. Terkadang diam itu jauh lebih baik dan lebih bermanfaat.
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf