Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

tahdziran (peringatan) salaf dari berdebat dalam urusan agama (bahagian 2)

3 hari yang lalu
baca 3 menit
Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 2)

Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 2)

• Al-Imam al-Ajurriy رحمه الله dalam kitabnya berkata: Bab Celaan Berdebat Dalam Agama

عن أبي أمامة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما ضل قوم بعد هدى كانوا عليه إلا أوتوا الجدل ، ثم قرأ : ما ضربوه لك إلا جدلا بل هم قوم خصمون.

Dari Abu Umamah رضي الله عنه bahawa baginda Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah sesat suatu kaum setelah dahulunya mereka di atas hidayah kecuali kerana perdebatan. Lalu baginda membaca ayat:

ما ضربوه لك إلا جدلا بل هم قوم خصمون

“Mereka tidak memberikan (perumpamaan itu) kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka m adalah kaum yang yang suka bertengkar.” (Az-Zukhruf: 58).” (Asy-Syariah 1/135)

• ‘Amr bin Qoys berkata aku bertanya kepada Imam Hakam bin Utaybah رحمه الله, “Apa yang menjerumuskan orang dalam kesesatan hawa nafsu?”

Jawab beliau, “Perdebatan (dalam agama).” (Asy-Syariah 1/135)

• Al-Imam Wahb bin Munabih رحمه الله berkata, “Tiggalkan perdebatan dan pertengkaran dalam urusan agamamu, kerana kamu menghadapi salah satu dari dua orang: Yang pertama orang yang lebih berilmu darimu, maka bagaimana mungkin kamu mendebat orang yang lebih berilmu darimu. Yang kedua orang yang kamu lebih berilmu darinya, maka bagaimana mungkin kamu mendebat orang yang kamu lebih berilmu darinya, lalu dia tidak menurutimu? Maka hindari perdebatan dari awal.” (Asy-Syariah 1/135)

• Al-Imam Muhammad bin Husain al-Ajurriy رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang berilmu dan berakal, dapat memahami dari semua yang telah lalu, maka dia sedar betapa dia memerlukan untuk mengamalkannya. Dan jika Allah inginkan baginya kebaikan, dia akan berpegang teguh dengan ajaran Nabi ﷺ dan ajaran para Sahabatnya, serta para ulama, para imam kaum muslimin di setiap zaman. Dia akan belajar ilmu untuk dirinya sendiri agar terbebas dari kejahilan. Dan niat dia belajar adalah Ikhlas untuk Allah semata, bukan untuk berdebat mahupun bertengkar, bukan pula untuk tendensi (kecenderungan) duniawi. Jika itu niatnya, maka dengan izin Allah dia akan selamat dari hawa nafsu, bid’ah dan kesesatan. Dan dengan itu dia telah ikuti para pendahulunya dari para imam dan ulama kaum muslimin yang dicintai serta dia selalu memohon kepada Allah agar diberi taufiq untuk itu.” (Asy-Syariah 1/142)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf