Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

tahdziran (peringatan) salaf dari berdebat dalam urusan agama (bahagian 1)

4 hari yang lalu
baca 3 menit
Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 1)

Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 1)

• Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه berkata, “Jauhi olehmu berdebat dalam agama, kerana hal itu menghapuskan agama.” (Al-Lalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah 1/127)

• Ahnaf bin Qois رحمه الله berkata, “Banyak berdebat dalam agama itu menimbulkan kemunafikan dalam hati.” (Al-Lalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah 1/129)

• Al-Imam Abdul Karim al-Jazari رحمه الله berkata, “Orang yang wara’ (menjaga agamanya) itu sama sekali tidak akan berdebat dalam agama.” (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/134)

• Al-Imam Muawiyah bin Qurroh رحمه الله berkata, “Perdebatan dalam agama itu menggugurkan amalan.” (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/126)

• Umar bin Abdul Aziz رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang menjadikan agamanya objek perdebatan, maka dia akan sering berpindah-pindah (dari satu keyakinan ke keyakinan yang lain).” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/488)

• Ma’n bin Isa رحمه الله berkata suatu hari al-Imam Malik bin Anas رحمه الله keluar dari masjid dan beliau bertumpu pada tanganku, lalu beliau didatangi oleh Abu Juwayriyah yang terjerumus dalam aliran murjiah. Abu Juwayriyah berkata, “Wahai Abu Abdullah dengarkan argumentasiku yang aku sampaikan kepadamu, aku debat dirimu, aku sampaikan pendapatku.”

Imam Malik bertanya, “Bagaimana jika kamu kalahkan aku?”

Abu Juwayriyah menjawab, “Jika aku kalahkan kamu, maka kamu ikuti aku.”

Imam Malik bertanya, “Bagaimana jika ada orang lain datang mendebat kita dan dia kalahkan kita?”

Abu Juwayriyah menjawab, “Kita (berdua) ikuti orang itu.”

Maka Imam Malik katakan, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mengutus Muhammad ﷺ dengan agama yang satu, sementara aku melihatmu berpindah-pindah dari satu agama ke agama yang lain. (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/128)

• Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata, “Jauhi oleh kalian perdebatan, jauhi oleh kalian perdebatan dalam agama.”

Dalam riwayat lain beliau katakan kepada seseorang, “Yang berdebat dalam agama hanyalah orang yang ragu, sementara aku dalam keadaan yakin dalam agamaku, jika kamu dalam keadaan ragu dalam agamamu, maka pergi dan carilah.” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/305)

• Al-Imam Sahl bin Muzahim رحمه الله berkata, “Permisalan orang yang berdebat dalam agama, seperti orang yang naik ke atas ketinggian, jika dia jatuh dia akan binasa, jika dia selamat dia tidak terpuji.” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/305)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf