Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

solat adalah solusi problematika kehidupan

10 bulan yang lalu
baca 2 menit
Solat Adalah Solusi Problematika Kehidupan

Solat Adalah Solusi Problematika Kehidupan

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدۡرُكَ بِمَا يَقُولُونَ. فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ.

“Dan sungguh, Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara orang yang bersujud (solat).” (Al-Hijr: 97-98)

• Dalam hadits qudsi Allah سبحانه وتعالى berfirman:

يا ابن أدم لا تعجز عن أربع ركعات من أول النهار أكفك أخره

“Wahai anak adam, jangan kamu malas untuk solat empat rakaat di awal hari (solat fajar dan dua rakaat qobliyah sebelumnya atau solat dhuha) kerana dengan itu akan Aku cukupi kamu sampai akhir hari.” (HR Abu Dawud dan Ahmad, Faydhul Qadir 4/615)

• Hudzayfah رضي الله عنه berkata:

كان إذا حزبه أمر صلى

“(Rasulullah ﷺ) jika baginda menghadapi masalah, baginda solat.” (HR Abu Dawud dan Ahmad)

• Sujud dalam solat adalah solusi problematika hidup. Saat dadamu terasa sesak, saat fikiranmu tercerai-berai, saat hatimu galau, solatlah dan sujudlah kepada Khaliqmu.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf