Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah tata cara solat (bahagian 2)

9 tahun yang lalu
baca 2 menit
Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 2)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

🔗 Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 2)

2⃣ Berdiri Menghadap Kiblat

📖 Firman Allah, “Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.” (Al-Baqarah: 238)

3⃣ Bertakbir Takbiratul Ihram Sambil Mengangkat Kedua Tangan Setinggi Kedua Telinga Atau Kedua Bahu

📕 Dari Sahabat Abu Humaid as-Sa’idi beliau berkata, “Bila Rasulullah bangkit untuk melaksanakan solat, beliau menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan “Allahu Akbar”.” (HR Ibnu Majah, no. 803)

4⃣ Bersedekap Iaitu Dengan Meletakkan Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri Sambil Meletakkan Keduanya Di Dada & Melihat Ke Tempat Sujud

☝Seorang yang melaksanakan solat hendaknya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud dan dilarang mengarahkan pandangannya ke langit.

📕 Rasulullah bersabda, “Sungguh hendaknya suatu kaum menghentikan perbuatan mereka mengarahkan pandangannya ke langit ketika shalat atau pandangan mereka tidak akan kembali (jika tidak berhenti).”

📕 Dalam riwayat lain, … “atau akan dihilangkan/dibutakan pandangan mereka.” (HR Muslim)

☝Seseorang yang melaksanakan solat tidak boleh menoleh ke kanan dan ke kiri kerana hal itu akan menghilangkan kekhusyukan.

📕 Rasulullah bersabda, “Apabila kalian melaksanakan solat, janganlah menoleh, kerana sesungguhnya Allah menghadapkan WajahNya ke wajah hambaNya di saat dia melaksanakan solat selama ia tidak menoleh.” (HR At-Tirmidzi, no. 2863 dan Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 1534)

Bersambung InsyaAllah.

📩 (Buletin Saku Al Ilmu, Edisi 8/1434H/2013M)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

Oleh:
admin