📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 8)
📚 Bab 8⃣:
Nabi Pernah Melihat Rabbnya Di Dunia (Dengan Hatinya)
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Mengimani ar-Ru’yah di hari kiamat, sebagaimana hal itu telah diriwayatkan dari Nabi dalam hadits-hadits yang shahih. Dan bahawa Nabi pernah melihat RabbNya*, kerana hal itu telah dinukilkan dari Rasulullah dengan shahih**. Diriwayatkan oleh Qotadah dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan (pula) oleh al-Hakam bin Aban dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan (pula) oleh ‘Ali bin Zaid dari Yusuf bin Mihran dari Ibnu ‘Abbas. Hadits tersebut di sisi kami sesuai zhahirnya, sebagaimana yang datang dari Nabi. Berkata-kata terhadapnya adalah bid’ah, akan tetapi kita beriman dengannya sebagaimana datang sesuai zhahirnya dan kita tidak berdebat dengan seorangpun tentangnya.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Dalam permasalahan ini terjadi khilaf (perbezaan pendapat), apakah Rasulullah pernah melihat Rabbnya pada malam Isra’ ataukah tidak? Sebahagian ulama berpegang dengan ucapan Ibnu ‘Abbas tadi, juga dengan ucapan Imam Ahmad sehingga mereka memahami keduanya mengatakan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad telah melihat Rabbnya dengan kedua matanya.
☝Adapun yang benar, sebagaimana yang dikatakan Ibnu Taimiyah, “Tidak tsabit dalam Kitabullah, tidak pula sunnah Rasulullah, bahawa Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melihat Rabbnya.
☝Sedangkan ucapan Ibnu ‘Abbas adalah mauquf (disandarkan kepada Ibnu ‘Abbas saja dan tidak sampai kepada Nabi) dan muqayyad (dikaitkan) di waktu yang sama. Dan mengaitkannya dengan nash-nash yang datang secara muqayyad adalah lebih shahih. Dalam Shahih Muslim (Kitabul Iman, Hadits no. 176) disebutkan bahawa baginda telah melihat Rabbnya DENGAN HATINYA sebanyak dua kali. Ini sebagaimana firman Allah:
📖 “Tidaklah hati itu mendustakan apa yang telah dilihatnya.” (An-Najm: 11)
📖 “Dan sungguh ia telah melihatnya turun pada waktu yang lain.” (An-Najm: 13)
📕Namun ‘Aisyah pernah ditanya, lalu beliau berkata pada hadits Masruq: “(Ada) tiga perkara yang barang siapa mengatakan salah satunya, maka sungguh ia telah mengadakan kedustaan yang besar atas Allah”. Di antaranya beliau sebutkan, “Barangsiapa mengatakan bahawa sesungguhnya Muhammad telah melihat Rabbnya, maka sungguh ia telah mengadakan kedustaan besar terhadap Allah.” Maka berkara Masruq, “Perlahan wahai Ummul Mu’minin, bukankah Allah telah mengatakan:
“Tidaklah hati itu mendustakan apa yang telah dilihatnya.”
“Dan sungguh ia telah melihatnya turun pada waktu yang lain.”
Kemudian ‘Aisyah berkata, “Aku adalah orang pertama dari umat ini yang bertanya kepada Rasulullah tentang hal ini.” Lalu ‘Aisyah berkata, “Itu adalah Jibril yang dilihat oleh Rasulullah sebagaimana dikatakan oleh baginda bahawa telah melihatnya sebanyak dua kali dalam bentuk (asli)nya yang diciptakan oleh Allah. Baginda melihatnya turun dari langit, menutupi antara langit dan bumi”.
❗Maka yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah penglihatan Muhammad terhadap Jibril.
📕Sebagai tambahan atas hadits ‘Aisyah, disebutkan dalam hadits Abu Dzar bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang hal ini (melihat Allah di dunia), maka baginda menjawab, “Cahaya, bagaimana aku dapat melihatNya?!” (HR Muslim)”
** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Adapun kedua sanad hingga Ibnu ‘Abbas yang dibawakan oleh penulis, maka keduanya terdapat kelemahan.
☝-Jika shahih sekalipun-: Maka yang benar bahawa penyebutannya secara global (muthlaq) jika shahih, haruslah dikaitkan dengan hadits lain yang juga shahih:
📕”Ia melihatNya dengan hatinya”.
Ibnu ‘Abbas sendiri telah mengaitkan ucapannya yang global dengan “penglihatan Nabi dengan hati”.
❗Jadi, TIDAK ADA PERSELISIHAN DI ANTARA PARA SHAHABAT (DALAM MASALAH AQIDAH, -pent.). Kerana Ahlul Ahwa’ yang menebarkan perselisihan (khilaf) dalam masalah-masalah pokok dan aqidah, mereka mengatakan: “Para Shahabat telah berselisih dalam masalah aqidah”. Ini merupakan sebuah kedustaan. Mereka tidak pernah berselisih padanya. ‘Aisyah menafikan Ru’yatullah (melihat Allah) dengan mata, sedangkan Ibnu ‘Abbas tidaklah menetapkan Ru’yatullah dengan mata, tetapi dengan hati. Lalu dimana letak khilafnya? Tidak ada!
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com