Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 6)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 6)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 6)

📚 Bab 6⃣:
Meninggalkan Perdebatan & Pertengkaran Dalam Agama

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Dan hendaklah ia tidak bertengkar dengan seorangpun, dan tidak pula mendebatnya*. Kerana sesungguhnya perbincangan (dengan akal semata) tentang taqdir, ru’yah, al-Qur’an, dan selainnya dari sunnah-sunnah yang ada adalah suatu yang dibenci dan terlarang. Tidaklah pelakunya termasuk Ahlus Sunnah -sekalipun ucapannya bertepatan dengan as-Sunnah-**, sampailah ia meninggalkan perdebatan, ia berserah diri, dan beriman dengan atsar***.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Telah datang hadits-hadits tentang larangan dari berdebat dan bertengkar. Rasulullah pernah pergi keluar dan mendapati beberapa orang yang sedang memperdebatkan masalah taqdir. Hal itu membuat beliau begitu marah hingga (terlihat) wajah beliau seperti biji-biji buah delima yang merekah. Lalu beliau berkata,

“Apakah kalian hendak melanggarkan Kitab Allah, sebahagiannya terhadap sebahagian yang lain?!” (HR Ibnu Majah, Syaikh al-Albani mengatakan hadits ini Hasan Shahih)”

** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Demikianlah Imam Ahmad, beliau juga keras dalam masalah perdebatan ini. Maka barangsiapa yang mengatakan bahawa tidaklah seseorang sampai kepada as-Sunnah kecuali melalui perdebatan, bererti ia telah keliru.

☝Namun bagaimanpun juga, pernyataan ini tidak diambil secara mutlak begitu saja. Kerana sesungguhnya Allah telah membolehkan kita untuk berdebat dengan cara paling baik (pent.- An-Nahl: 125). Maka jika perdebatan tersebut terpenuhi syarat-syaratnya, dan orang yang didebat tidaklah menghendaki kecuali kebenaran. Bukan kerana ingin berbangga-bangga, menyombongkan diri dan berkeras hati, maka hendaknya engkau jelaskan kepadanya dengan cara yang paling baik. Adapun jika ternyata jika ia cenderung mengarah kepada kemarahan, pergulatan dan saling meninggi, maka tinggalkanlah dia.”

*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Inilah perkara yang wajib. Engkau beriman terhadap atsar, meriwayatkan kepada orang-orang, memaparkan dan menjelaskannya jika mereka kesulitan dalam memahaminya. Dan jika engkau lihat seseorang yang hendak berdiskusi dengan cara baik, dan ia ingin mendapatkan faedah, maka hendaknya kau jelaskan kepadanya. Boleh jadi terdapat syubhat (kerancuan fikiran) padanya, maka hilangkanlah dengan sikap lembut, penuh hikmah dan nasihat yang baik. Namun, jika ia hanya menginginkan pertikaian semata, janganlah engkau mendebatnya. Kerana orang tersebut tidaklah menginginkan kebenaran dan engkau juga tidak akan mendapatkan hasil bersamanya.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com