📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 5)
📚 Bab 5⃣:
Beriman Terhadap Ru’yatullah [& Hadits-Hadits Tentangnya]
💎 Al-Imam Ahmad berkata, “Barangsiapa yang tidak mengetahui tafsir suatu hadits, dan akalnya pun tidak sampai menjangkaunya, maka sungguh itu telah dianggap cukup dan dikuatkan baginya*. Dan wajib atasnya beriman dengannya serta tunduk menerimanya. Misalnya hadits “Ash-Shadiqul Mashduq”, juga hadits semisalnya tentang takdir. Demikian pula hadits-hadits tentang ar-Ru’yah keseluruhannya**, sekalipun terdengar mustahil (terasa janggal) di telinga dan tidak wajar bagi yang mendengarnya. Wajib atasnya untuk mengimaninya dan janganlah ia menolaknya walau sehurufpun***. Demikian pula hadits-hadits yang dinukilkan oleh para perawi tsiqah (terpercaya).”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Beberapa dalil, boleh jadi tidak dapat kau fahami. Namun apa hikmah dan tujuan dari hal itu? Apa rahsia disebaliknya? Maka, yang wajib atasmu ialah tetap mengimani dan membenarkannya. Inilah konsekuensi dari iman dan pembenaran itu sendiri. Iaitu engkau beriman dengan yang ghaib, engkau juga mengimani bahwa Muhammad shalallahu ‘alaihi wa salam adalah benar, demikian pula Al-Qur’an. Semua yang dibawa beliau adalah benar dan beliau tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa-apa yang dapat kau ketahui, Alhamdulillah, sedangkan yang tidak kau ketahui, maka serahkanlah kepada yang mengetahuinya, dan itu telah mencukupimu.”
** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan:
➡ (Ar-Ru’yah) Iaitu melihat Allah di negeri akhirat. Wajib seorang hamba untuk beriman bahawa Allah dapat dilihat kelak di akhirat, kaum mukminin akan melihatNya.
➡ (Antara ayat-ayat yang dijadikan sandaran oleh orang-orang yang mengingkari Ru’yatullah ialah seperti) ucapan Allah terhadap Musa ‘alaihisalam:
لَن تَرَىنِى
📖 “Engkau tidak akan dapat (mampu) melihatKu” (Al-A’raf: 143)
Nabi Musa memohon kepada Rabbnya agar melihatNya. Seandainya perkara ini diharamkan atau mustahil, tentunya Nabi Musa tidak akan memintanya. Namun Allah mengatakan:
لَن تَرَىنِى
“Engkau tidak akan dapat (mampu) melihatKu”
Di sini Allah tidak mengatakan:
لَا حَيْثُ
“Engkau tidak boleh melihatKu”, namun Allah menyatakan “Engkau tidak akan dapat (mampu) melihatKu”, iaini untuk saat ini (di dunia)
📖 “Maka tatkala Rabbnya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikanNya gunung itu hancur luluh” (Al-A’raf: 143)
☝Nabi Musa tidak mampu melihat Allah di dunia ini. Dan susunan (keadaan) manusia pada saat ini tidak akan mampu untuk melihat Allah. Bagaimana mungkin, sedangkan di dalam hadits yang shahih telah disebutkan:
📕”Tirai (hijab)Nya adalah cahaya. Seandainya Allah menyingkapnya, pastilah kesucian (wajah)Nya akan membakar semua makhluk yang dicapai pandanganNya.” (HR Muslim)
☝Oleh kerana itu, rangkaian (keadaan) manusia yang ada sekarang tidak akan mampu untuk melihat Allah. Jika gunung pun dapat luluh kerana penampakkan diri Allah, bagaimana mungkin manusia mampu melihatNya?!
☝Akan tetapi apabila Allah telah membangkitkan hamba-hambaNya, lalu memasukkan mereka ke dalam syurgaNya, barulah demikian dan demikian. Maksudnya bahawa Allah akan memasukkan mereka (ke dalam jannah) dengan bentuk serta susunan yang telah siap untuk (dapat) melihat Allah.”
*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Kerana Ar-Rasul tidaklah berucap dari hawa nafsunya. Tidaklah beliau berkata-kata kecuali hanya kebenaran. Oleh kerana itu, ketika ‘Abdullah bin ‘Amr mengatakan,
📕”Orang-orang berkata, tak perlu kau tulis dari Muhammad! Ia hanyalah manusia biasa yang berbicara di kala senang mahupun marah.”
📕Maka Rasulullah bersabda, “Tulislah! Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah keluar (dari lisanku) kecuali kebenaran.” (HR Ahmad, berkata Ahmad Syakir, “Sanadnya Shahih”)
📖 “Dan tidaklah ia berucap dari hawa nafsunya. Ucapannya tiada lain kecuali wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com