Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 4)

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 4)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 4)

📚 Bab 4⃣:
Beriman Terhadap Takdir, Yang Baik Mahupun Yang Buruk

💎 Al-Imam Ahmad berkata, “Dan termasuk (ajaran) as-Sunnah yang diwajibkan, yang barangsiapa meninggalkan satu perkara darinya -tidak mahu menerimanya dan tidak pula mengimaninya-, maka dia bukan termasuk pengikutnya (ahli sunnah)* ialah, beriman terhadap takdir yang baik mahupun yang buruk**, membenarkan hadits-hadits (shahih) tentangnya serta mengimaninya***. Tidak boleh ditanyakan: “Mengapa?”. Tidak pula: “Bagaimana?”. Yang ada hanyalah membenarkan serta mengimaninya.****”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Maka jika ia meninggalkan keseluruhannya atau sebahagian besarnya, maka ini adalah petaka. Iaini ia enggan darinya. Apabila ia bukan dari ahli sunnah, maka ia menjadi salah seorang ahli bid’ah dan pengikut kesesatan, wal ‘iyadzubillah.”

** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Iman terhadap takdir juga merupakan salah satu rukun iman.

📖 Allah berfirman, “Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata (Lauhul Mahfudhz).” (Yasin: 12)

📖 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu dengan takdirnya.” (Al-Qamar: 49)

💎 Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berbicara tentang perkara ini dalam (Aqidah) al-Wasithiyyah dan kitab lainnya, bahawa takdir itu ada beberapa tingkatan:

1⃣ Tingkatan pertama, bahawa ilmunya Allah meliputi segala sesuatu. Allah mengetahui segala sesuatu tentang makhluk ciptaanNya baik yang kecil mahupun yang besar, yang begitu dalam tersembunyi mahupun yang nampak jelas, dengan ilmuNya yang tidak berpermulaan dan tidak berakhiran. Setelah itu Allah mencatatnya dalam sebuah catatan yang terjaga (Lauhul Mahfuzh).

📕 Rasulullah bersabda, “Allah telah menetapkan takdir atas segala sesuatu pada 50,000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi.” (HR Muslim)

2⃣ Tingkatan kedua, beriman terhadap kehendak Allah (masyi’ah) yang menyeluruh dan meliputi segala sesuatu. Mengimani segala sesuatu yang dikehendakiNya, serta beriman terhadap kemampuanNya yang dengannya Ia ciptakan segala sesuatu dari yang tidak ada (asalnya) menjadi sesuatu yang berwujud. Semua yang telah terjadi atau pun yang akan terjadi, kecil atau besar, ucapan dan perbuatan, bergerak mahupun diam, kesemuanya tidaklah terjadi kecuali dengan kehendakNya.”

*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Iaini tentang takdir. Di antara hadits-hadits tersebut ialah yang telah kami sebutkan, seperti hadits Jibril:

📕”Engkau beriman terhadap takdir, yang baik dan yang buruk”.

➡ Jadi engkau imani takdir, yang baik ataupun yang buruknya. Dan ini adalah takdir Taqdir Al-‘Am (global) yang tempat kembalinya adalah kepada ilmu Allah yang mencakup segala sesuatu serta mendahuluinya. Demikian pula kembali kepada apa yang ditulisNya dalam Lauhul Mahfudz.

➡ Sedangkan hadits Ibnu Mas’ud tentang Taqdir Al-‘Umri, iaini umur seseorang. Di dalamnya disebutkan:

📕”Sesungguhnya salah seorang di antara kalian telah dikumpulkan penciptaan dirinya di dalam perut ibunya, 40 hari berupa cairan (sperma). Kemudian menjadi segumpal darah semisal itu. Kemudian menjadi segumpal daging semisal itu pula. Setelah itu diutus kepadanya malaikat, lalu diperintahkan menulis empat perkara, rezekinya, ajalnya, amalannya serta apakah ia menjadi orang yang bahagia atau celaka.” (HR Bukhari)

➡ Di sana ada pula Taqdir As-Sanawi (tahunan), iaitu pada Lailatul Qadar. Sebagaimana Allah berfirman:

📖 “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Ad-Dukhan: 3-4)

➡ Ada pula Taqdir Yaumi (harian), iaini apa saja yang dilakukan para hamba hari demi harinya, maka para malaikat menuliskannya atas mereka.”

**** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Seperti ucapan, “Mengapa Allah berkata demikian?”, “Kenapa Allah takdirkan begini?”, “Mengapa Allah memerintahkan ini?”, “Mengapa Allah melarang itu?”. Yang benar hanyalah mengimaninya, pasrah dan berserah diri. Kerana pertanyaan-pertanyaan semacam ini, terkadang (hanya) muncul sebagai bentuk penentangan atas takdir Allah, syariatNya, perintah serta laranganNya.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com