Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 38)

3 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 38)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 38)

📚 Bab 2⃣7️⃣:
Tunduk Berserah Diri Kepada Nash (Dalil) Sekalipun Tidak Mengetahui Tafsirnya (Bahagian 2)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Juga sabda baginda ﷺ (ertinya), “Janganlah kalian kembali setelahku menjadi kafir lagi sesat. Sebahagian kalian menebas leher sebahagian yang lainnya”.*

Juga seperti (ertinya), “Apabila dua orang muslim bertemu dengan kedua pedangnya, maka si pembunuh dan yang dibunuh ada di neraka”.

Juga seperti (ertinya), “Mencaci (seorang) muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran”.

Juga seperti (ertinya), “Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya: “Wahai kafir!”, maka sungguh itu akan kembali kepada salah satu dari keduanya”.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Khawarij mengkafirkan (muslimin) dengan nas ini, sedangkan Ahlus Sunnah mengatakan: “Tidak, bukan demikian”.

Allah berfirman (ertinya), “Dan jika ada dua golongan dari kaum mukminin yang saling memerangi, maka hendaknya kalian damaikan antara keduanya…. Sesungguhnya kaum mukminin itu bersaudara” (Al-Hujurat: 9-10). Jadi Allah telah mempersaksikan keimanan atas mereka dan bahawa mereka adalah saudara seiman, padahal mereka sendiri sudah saling memerangi satu sama lain.

Mengambil syariat seharusnya secara keseluruhan dan menggabungkan semua dalil yang ada. Namun memang orang-orang yang di dalam hatinya terdapat penyelewengan, mereka akan cenderung mengikuti dalil-dalil yang samar kerana mengkehendaki fitnah dan takwilnya. Adapun Ahlus Sunnah mereka menganbil dalil yang muhkamat (jelas) dan mengembalikan yang mutasyabihat (samar) kepada yang muhkam.

Kerana itu kami katakan bahawa yang dimaksud dalam dalil-dalil seperi tadi ialah: “Kufrun duna kufrin” (kufur yang tidak sampai pada tingkatan kufur besar).”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf