Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 30)

7 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 30)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 30)

📚 Bab 2⃣3⃣:
Kita Tidak Memastikan Seorangpun Dari Ahli Kiblat (Muslimin) Masuk Syurga Ataupun Neraka (Bahagian 3)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “… Dan barangsiapa yang berjumpa denganNya, sementara hukum hadd benar-benar telah ditegakkan atasnya kerana suatu dosa (besar) di dunia, maka hukuman itu sebagai penebus dosanya. Sebagaimana datang khabarnya dari Rasulullah ﷺ. Dan barangsiapa berjumpa denganNya dalam keadaan masih terus bergelimang dengan dosa-dosa yang mengharuskannya mendapat hukuman, sedangkan ia tidak bertaubat, maka urusannya ialah kepada Allah. Jika Allah menghendaki, Dia akan menyeksa orang itu. Dan jika Allah menghendaki pula, Dia akan mengampuninya.* …”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Pernah satu saat Rasulullah ﷺ bersama sekelompok Sahabat, (baginda pun meminta para Sahabat untuk berbai’at kepadanya -pent.), dan bersabda:

📕“Barangsiapa memenuhinya di antara kalian, maka balasannya ada di sisi Allah. Dan barangsiapa yang terkena sebahagian dosa-dosa tadi, lalu ia dihukum di dunia, maka itu sebagai kaffarah (tebusan dosa) untuknya. Sedangkan yang terkena sebahagian dosa-dosa tadi tetapi ditutupi oleh Allah, maka urusannya ialah kepada Allah. Jika Allah berkehendak, Dia akan membalas orang itu. Dan jika Allah berkehendak pula, Dia akan mengampuninya.” (HR Bukhari no. 3892 & Muslim no. 1709)

📖 Jadi pelaku maksiat ada di bawah kehendak Allah, sebagaimana yang Allah firmankan, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya.” (An-Nisa’: 116)

☝🏼Berdasarkan hal ini, seorang pelaku maksiat (selain syirik) berada di bawah kehendak Allah. Jika Allah menghendaki, dia akan diampuni. Dan jika Allah menghendaki pula, dia akan dihukum. Allah Maha Pengampun, Penyayang serta Penyantun. …

🌦 Seorang ahli tauhid yang menghadap Allah tanpa kesyirikkan di akhir hayatnya, ia akan mendapatkan ampunan, bahkan akan dikeluarkan dari Neraka (jika dia berada di dalamnya).”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf