📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 3)
📚 Bab 3⃣:
Kedudukan As-Sunnah & Kaitannya Dengan Al-Qur’an
💎 Al-Imam Ahmad berkata, “As-Sunnah di sisi kami adalah atsar (jejak) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. As-Sunnah menafsirkan al-Qur’an. Ia juga merupakan rambu-rambu sebagai petunjuk al-Qur’an*. Dan tidak ada dalam as-Sunnah itu qiyas** (analogi), dan tidak boleh pula dipertentangkan dengan berbagai permisalan bandingan***. Tidaklah as-Sunnah itu didapati dengan akal-akal mahupun hawa nafsu****, melainkan dengan ittiba’ (mencontohi Rasul) dan meninggalkan hawa nafsu.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Demikianlah as-Sunnah, ia menjelaskan al-Qur’an.
📖 “Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an, agar engkau menerangkan kepada umat manusia tentang apa yang telah diturunkan kepada mereka itu.” (An-Nahl: 44)”
** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Iaini bahawa tidak ada qiyas dalam agama Allah. Apabila telah datang “sungai” Allah, maka batallah “sungai” akal. Jika datang nas, batallah qiyas. Jadi, dalil tidak boleh dibandingkan dengan akal, fikiran, analogi atau apa pun juga. Tidaklah ada kelonggaran bagi kita kecuali hanya tunduk menerima.”
📖 “Maka demi Rabbmu, mereka tidaklah beriman hingga mereka menjadikanmu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, lalu mereka tidak mendapati keberatan dalam jiwa-jiwa mereka terhadap apa yang engkau putuskan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65)”
*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Apabila datang kepadamu sebuah nash, maka terimalah dengan pasrah… Jika ada seseorang yang membawakan kepadamu sebuah nash yang kuat lagi shahih ataupun hasan, maka jangan (sekali-kali) kau katakan, “Demi Allah, demi Allah…”, iaini kau bandingkan dengan perumpamaan-perumpamaan lain.”
**** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Iaini bahawa as-Sunnah tidak akan dicapai dengan semata akal-akal kita. Tidak pula dengan berbagai hawa nafsu. Ia (as-Sunnah) hanya dicapai dengan penukilan (riwayat dalil).”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com