Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 28)

7 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 28)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 28)

📚 Bab 2⃣3⃣:
Kita Tidak Memastikan Seorangpun Dari Ahli Kiblat (Muslimin) Masuk Syurga Ataupun Neraka (Bahagian 1)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Dan kita tidak mempersaksikan atas seorangpun dari ahli kiblat masuk Syurga ataupun Neraka kerana suatu amalan yang dilakukannya*. Kita menaruh harapan atas seorang yang soleh, namun juga mengkhawatirkannya. Kita pun mengkhawatirkan seorang yang jelek lagi pendosa, namun juga mengharapkan rahmat Allah atasnya. …”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Kecuali jika amalan tersebut suatu kekufuran. Jika itu (jelas) suatu kekufuran terhadap Allah atau kesyirikkan atasNya, maka ia mendapat hukum tersendiri. Adapun jika amalan tersebut hanya berupa suatu kemaksiatan, kita tidak menghukuminya pasti dengan Syurga ataupun Neraka.

☝🏼Seorang Yahudi mahupun Nasrani, ia jelas kafir. Yang seperti ini dapat dikatakan (tempatnya) di Neraka. Kerana itu, kita pastikan bahawa orang kafir itu di Neraka.

☝🏼Orang yang soleh kita harapkan (Syurga), tetapi kita juga mengkhawatirkannya, kerana boleh jadi ia melakukan amalan kebaikkan di hadapan orang-orang, sedangkan kenyataannya itu sebaliknya. Sesungguhnya hal ini pernah terjadi pada seorang yang telah banyak membunuh musuh (dari kaum kafir), tetapi Rasulullah ﷺ mengatakan, “Ia ada di neraka.” (HR Bukhari dan Muslim). Yang nampak zahirnya ia seorang mujahid, tetapi ternyata niatnya berbeza.

📕Demikian pula (kisah) seorang yang terkena anak panah. Para sahabat mengatakan, “Fulan syahid… Fulan syahid…”, hingga mereka mendatangi Nabi ﷺ. Lalu baginda berkata, “Sekali-kali tidak! Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya jubah yang ia curi (dari ghanimah) itu telah mengobarkan api (Neraka) atasnya.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf