📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 24)
📚 Bab 1⃣9⃣:
Taat Terhadap Penguasa (Bahagian 5 – Selesai)
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Mendengar dan taat terhadap para imam serta pemimpin kaum mu’minin, yang baik mahupun yang fajir*. Demikian pula terhadap siapa yang memegang kekuasaan (khilafah), dan orang-orang bersatu di bawahnya serta redha atasnya, juga terhadap siapa yang mengalahkan orang-orang (menguasai mereka) dengan pedangnya hingga menjadi penguasa (khalifah). Dan ia disebut dengan Amirul Mu’minin.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Semua ini (perbuatan mengkafirkan pemerintah dan masyarakatnya) adalah kelanjutan dari pendidikan Sayyid Quthb, yang merobohkan tiang-tiang as-Sunnah, dan justeru bergantung dengan pokok-pokok (ajaran) pengikut kesesatan seluruhnya.
❗Di antara ajarannya ialah pengkafiran umat. Juga pokok ajaran yang menjadi dasar terbangunnya pengkafiran tersebut, iaitu bahawa iman itu tidak bertambah dan tidak pula berkurang. Iman itu kalau tidak seratus persen, maka kufur. Begitu saja, iman atau kufur.
☝🏼Sekarang (jika) engkau keluarkan sekian nash atau dalil-dalil, lalu engkau jelaskan tentang penyimpangan orang ini (Sayyid Quthb), mereka tidak akan mahu menerimanya darimu.
❌ Mereka tidak ingin mencari pengetahuan yang benar (bashirah) dan mempelajari perkara-perkaranya, sehingga mereka kenali siapakah orang yang menggiring mereka, bagaimana pula manhajnya, keyakinan-keyakinan (aqidah)nya, dan bagaimana pula pemahamannya terhadap Islam?..
📖 “…mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya, menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap dalam sikapnya serta menyombongkan diri dengan sangat.” (Nuh: 7)
❗Demi Allah, wahai saudara-saudaraku, mereka telah menempuh jalan-jalan yang jelek. Dan kami katakan ucapan ini sekalipun terasa keras, agar mereka tersedar, andai mereka memang masih memiliki akal dan masih menghormati dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman as-Salafusoleh.”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf