📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 2)
📚 Bab 2⃣:
Menjauhi Bid’ah-Bid’ah & Berhati-Hati Darinya
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “…Dan menjauhi perkara-perkara bid’ah*. Dan semua bid’ah itu adalah sesat**. Meninggalkan pula pertelingkahan (argumentasi)*** dan duduk-duduk (bermajlis) bersama ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu)****.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Bid’ah-bid’ah ditinggalkan kerana di dalamnya terdapat kebinasaan.
📕 Suatu ketika Rasulullah pernah membuat sebuah garis lurus (di tanah). Dan beliau berkata, “Ini adalah jalan Allah”. Kemudian beliau menggaris di sebelah kanan dan kirinya dengan garis-garis lain, lalu beliau berkata, “Ini adalah jalan-jalan (yang lain). Di setiap jalan ini ada syaitan yang mengajak kepadanya.” (HR Ahmad, berkata Ahmad Syakir, Sanadnya Shahih)
Maka hati-hati dan waspadalah dari berbagai kebid’ahan dan kesesatan! Sungguh Rasulullah telah memperingatkan:
📕 “Barangsiapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini, yang bukan merupakan bahagian darinya, nescaya amalannya tersebut tertolak.” (HR Bukhari)”
** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Ucapan ini beliau (Imam Ahmad) ambil dari sebuah hadits:
📕 “Hati-hatilah kalian dari perkara-perkara baru (dalam agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah. Dan semua bid’ah adalah sesat.”
Baginda biasa berkhutbah dengan ucapan tersebut pada kebanyakkan khutbah baginda atau bahkan keseluruhannya:
📕 “Amma ba’d. Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kalamullah (al-Qur’an). Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Sedangkan seburuk-buruk perkara (agama) adalah yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah. Dan semua bid’ah adalah sesat.” (HR Muslim)”
*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Ertinya janganlah engkau memperbanyakkan perdebatan. Jangan engkau suka bertelingkah, kecuali pada keadaan yang kau pandang dapat memberi manfaat terhadap orang yang memintanya. Misalkan, ada seseorang yang hendak berdiskusi denganmu untuk mendapatkan kebenaran dan engkau yakin tentang itu, maka silakan:
📖 “Dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.” (An-Nahl: 125)
Adapun seseorang yang hanya ingin menyalahkan, berseteru dan mengalahkanmu, maka jangan engkau melayaninya berdebat. Perkara ini termasuk pertengkaran yang dicela. Dan pertelingkahan yang tercela dalam agama.”
**** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Kerana bermajlis dengan pengekor hawa nafsu biasanya akan menghantarkan kepada penyimpangan.
💎 Imam Ibnu Baththah telah mengisyaratkan hal ini, beliau berkata, “Kami telah mengenal beberapa orang yang dahulu mereka mencela dan melaknat ahli bid’ah. Namun setelah itu mereka duduk-duduk (bermajlis) dan bergaul dengan ahli bid’ah, sehingga jadilah mereka bahagian darinya.”
Ucapan ini beliau (Imam Ahmad) ambil dari dalil:
📖 “Dan apabila engkau melihat segolongan yang mengolok-olok ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka, hingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.” (Al-An’am: 68)
📕 “Akan ada sekelompok orang dari umatku yang mendatangi kalian dengan membawa perkara yang belum pernah kalian ketahui sebelumnya, tidak pula ayah-ayah kalian. Maka waspadalah kalian dari mereka!” (HR Muslim)”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com