📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 16)
📚 Bab 1⃣6⃣:
Iman Adalah Ucapan & Perbuatan, Dapat Bertambah & Berkurang
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Dan Iman itu adalah ucapan dan perbuatan. Dapat bertambah dan berkurang*, sebagaimana datang dalam khabar, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Jadi iman itu adalah ucapan dan perbuatan. Iaitu berupa ucapan hati dan lisan, serta perbuatan hati dan anggota badan. Dapat pula kau katakan, Iman itu ucapan, perbuatan dan keyakinan. Bertambah dengan ketaatan dan akan berkurang dengan kemaksiatan. Inilah pengertian iman menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah.
☝Iman itu mencakup:
1⃣ Seluruh perkara aqidah (keyakinan) dan amalan hati, seperti takut kepada Allah, cinta, berharap serta bertawakal kepadaNya.
2⃣ Seluruh amal perbuatan anggota badan, seperti puasa, solat, zakat serta semua beban syariat seperti jihad dan semisalnya.
📕”Iman itu ada tujuh puluh sekian cabang. Yang paling tinggi ialah ucapan La ilaha illallah. Dan yang paling rendah ialah menyingkirkan gangguan dari jalan.” (HR Muslim)
👍 Inilah iman, dapat bertambah dengan ketaatan dan dapat pula berkurang dengan kemaksiatan. Iman dapat terus bertambah hingga mencapai layaknya gunung, tapi dapat pula terus berkurang hingga seberat biji atom yang paling ringan.
❌ Adapun Murji’ah, mereka berpandangan iman tidak bertambah atau berkurang. Kerana menurut mereka, iman hanyalah sekadar pembenaran (pengakuan), sehingga tidak menerima pengurangan. Jika berkurang, bererti habislah imannya, dan orangnya dianggap telah keluar dari lingkaran iman. Maka (menurut mereka), sama antara iman orang yang paling jahat dengan keimanan para Nabi, Shiddiqin serta Malaikat. Sebab itu, jelaslah ini merupakan kesesatan yang besar.
❌ Manakala Khawarij, mereka mengkafirkan umat ini dan menghunuskan pedang atas mereka, sehingga menghalalkan darah dan harta mereka, kerana semata-mata perbuatan dosa besar yang dilakukan seorang (muslim) seperti zina, mencuri, membunuh, ia telah menjadi kafir menurut Khawarij. Ini kedustaan, kesesatan serta pemahaman yang buruk. Lalu untuk apa Allah memerintah ditegakkannya hukum hadd atas seorang pencuri?!?
📖 “Laki-laki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan mereka (sebagai) balasan atas apa yang mereka perbuat.” (Al-Ma’idah: 38)
✊Jadi, tindakan melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, membunuh, meminum khamr dan yang semisalnya merupakan dosa-dosa besar yang berbahaya, sekaligus sebuah pelanggaran dalam pandangan Islam. Akan tetapi Islam tidak mengkafirkannya! Ditegakkan atasnya hukum hadd, lalu diikuti hukuman di akhirat, kerana sebab dosa tersebut jika ia belum diampuni sesuai kehendak Allah dan sesuai dengan apa yang layaknya baginya. Namun tidak sampai keluar dari Islam, bahkan kerana sebab tauhid yang ada pada pelaku dosa tersebut, ia akan dikeluarkan dari Neraka menuju Syurga.
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com