Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 11)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 11)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 11)

📚 Bab 1⃣1⃣:
Beriman Terhadap Telaga Rasul

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Dan beriman terhadap al-Haudh (telaga Rasul), bahawa Rasulullah shallalllaahu ‘alaihi wa sallam memiliki sebuah telaga pada hari kiamat yang didatangi oleh umat beliau*. Lebar telaga itu sama dengan panjangnya, iaitu sejauh perjalanan satu bulan**. Bejana-bejananya sebanyak bintang-bintang di langit***, berdasarkan apa yang telah shahih dari hadits-hadits serta atsar dalam banyak jalan.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Ini merupakan salah satu di antara pokok-pokok keyakinan (aqidah) yang wajib diimani oleh seorang hamba.”

** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Sesungguhnya telaga itu, (jaraknya) sejauh perjalanan sebulan (HR Bukhari, hadits 6579), panjangnya dan lebarnya sama (HR Muslim, hadits 2300). Dalam beberapa hadits disebutkan bahawa jaraknya sebagaimana dari kota Madinah ke kota Shan’a (HR Bukhari, hadits 6580), atau dari Aylah ke Shan’a (HR Bukhari, hadits 6591). Telaga tersebut merupakan salah satu bentuk pemuliaan Allah terhadap Nabi Muhammad. Allah berfirman tentangnya:

📖 “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kautsar). Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1-3)

💎 (Tambahan dari penerjemah: Rasulullah menjelaskan makna Al-Kautsar di dalam hadits Anas riwayat Muslim (no. 400), “Sesungguhnya itu adalah sungai (di dalam syurga) yang dijanjikan Rabbku kepadaku”. Telaga Nabi terletak di padang mahsyar, airnya tertuang dari aliran sungai Al-Kautsar di syurga melalui dua saluran di atasnya. Maka telaga tersebut senantiasa penuh airnya, dan barangsiapa meminumnya, ia takkan pernah haus lagi selamanya. Syarh Hadits Jibril oleh Syaikh Ibnu Utsaimin)

❗Disebutkan pula (dalam riwayat) bahawa sebahagian manusia terusir dari telaga tersebut. Mereka adalah orang-orang yang berpaling (murtad) dan Ahli Bid’ah yang juga digolongkan bersama mereka (yang terusir). Hal ini disebutkan oleh Imam al-Qurthubi dan selain beliau, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar asy-Syafi’i darinya, bahawa Imam al-Bukhari pernah berkata,

💎 “Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang dihalau dari telaga dan disebut oleh Rasul: “para sahabatku… sahabatku…”, adalah orang-orang yang murtad dan ahli bid’ah dimasukkan pula bersama mereka.” Mengapa? Beliau menjawab, “Kerana mereka telah mengada-adakan ajaran baru sepeninggal Rasul”.”

*** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Bejana-bejana tersebut (terbuat) dari emas dan perak sebagaimana datang dalam riwayat Muslim. (HR Muslim, hadits 2303)”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com