Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 1)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 1)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 1)

📚 Bab 1⃣:
Berpegang Teguh Dengan Jalan Para Sahabat & Mencontohi Mereka

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241H) berkata: “Ushul as-Sunnah (Pokok-pokok Ahlus Sunnah) di sisi kami adalah berpegang teguh dengan apa yang para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berada di atasnya*, meneladani mereka**.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Jadi, jalan yang ditempuh oleh para sahabat Rasulullah merupakan tolok ukur bagi para pengikut kebenaran, iaitu orang-orang yang selalu berpegang teguh dengan pokok dasar ini, iaini ajaran yang ditempuh oleh Rasulullah serta para sahabatnya yang mulia. Kerana sesungguhnya Rasulullah dan para sahabatnya berserta Khulafa’ur Rasyidin tiada lain kecuali berada di atas petunjuk dan bimbingan yang lurus. Di atas Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Baik itu dalam masalah aqidah, ibadah, mu’amalah mahupun segala urusan mereka. Lebih-lebih dalam masalah aqidah, maka Imam Ahmad mengisyaratkan kepada pokok dasar yang agung ini. Sebuah kaedah yang tiadabandingannya di dalam Islam, khususnya dalam bidang aqidah.”

** Asy Syaikh Rabi’ membawakan dalil tentang hal ini:
📕”Rasulullah bersabda, “Wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafah ur-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi geraham kalian! Dan hati-hati kalian dari segala perkara yang diada-adakan (dalam agama).” (HR Tirmidzi & Abu Dawud, hadits hasan sahih)

📕Rasulullah bersabda, “‘Umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali satu (golongan)’. Para sahabat bertanya, ‘Siapa itu?’. Baginda menjawab, ‘Yang berada di atas jalanku dan para sahabatku’.”(HR Tirmidzi, Syaikh al-Albani mengatakan hadits ini hasan)

Intinya bahawa meneladani para sahabat adalah keselamatan. Sepertinya kapal penyelamat. Hal itu dikeranakan mereka adalah orang-orang yang menyaksikan langsung turunnya wahyu, menimba pemahaman (fiqh) al-Qur’an dan as-Sunnah serta penerapannya dari Rasulullah. Merekalah panutan kita semua.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com