🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 8)
Bab 8⃣: Buruknya Ahli Ahwa’ & Ahli Bid’ah
📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Akan ada di akhir zaman nanti para dajjal dan pendusta, mereka mendatangimu dengan hadits-hadits yang belum pernah didengar oleh kamu dan bapa-bapa kamu, maka berhati-hatilah kamu dari mereka, jangan sampai mereka menyesatkan kamu dan menimbulkan fitnah terhadapmu.” (HR Muslim)
🗞 Menjelang wafatnya Hudzaifah Ibnu Yaman, Abu Mas’ud al-Ansari -رضي الله عنه- datang kepadanya lalu berkata, ” ‘Hai Abu Abdillah (kunyah Hudzhaifah Ibnu Yaman), berpesanlah untuk kami.’ Hudzaifah berkata, “Bukankah telah datang kepadamu perkara yang yakin, ketahuilah sesungguhnya kesesatan itu benar-benar kesesatan, jika kamu anggap ma’ruf (baik) apa yang sebelumnya kamu ingkari, dan mengingkari apa yang telah kamu ketahui, berhati-hatilah kamu dari sikap berbeza-beza (berganti-ganti) dalam agama Allah, kerana sesungguhnya agama Allah ini hanya satu.” (Al-Hujah fi Bayanil Mahajjah 1/33 dan al-Lalikai 1/90 no. 120)
🗞 Muadz bin Jabbal -رضي الله عنه- berkata, “Hai manusia, sesungguhnya akan berlaku fitnah yang pada waktu itu harta benda berlimpah, Al-Qur’an terbuka (tersebar) hingga mudah dibaca oleh seorang mukmin, munafik, lelaki dan wanita, anak-anak kecil mahupun orang dewasa sehinggakan seseorang berkata, ‘Kita telah membaca Al-Qur’an tetapi tidak ada yang mahu mengikuti, tidakkah sebaiknya kita bacakan secara terang-terangan kepada mereka?’ Maka mereka membacanya secara terang-terangan dan tetap tidak ada satupun yang mengikutinya maka ia berkata, ‘Saya telah membacanya secara terang-terangan tidak ada juga yang mengikutiku.’ Lalu ia membina tempat solat di rumahnya, lalu mengucapkan perkataan bid’ah yang bukan dari Kitab Allah bahkan tidak juga dari Sunnah Rasulullah ﷺ, maka berhati-hatilah kamu dari bid’ahnya kerana sesungguhnya bid’ah itu sesat.” (Al-Lalikai 1/89 no. 117, Al-Hujah 1/303, Ibnu Wadhdhah 33, dan Abu Daud 4611)
📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf