Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah mutiara nasihat dari para ulama salaf (bahagian 3)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 3)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 3)

Bab 3⃣: Perintah Mentaati & Memuliakan Penguasa Serta Tidak Memberontak Terhadapnya

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Akan ada nanti para pemimpin yang kulit menjadi lunak terhadap mereka, sedangkan hati tidak tenteram, kemudian akan ada pula para pemimpin yang hati manusia gementar kerana mereka dan bulu roma berdiri kerana (takut) kepada mereka.” Lalu ada yang bertanya, “Ya Rasulullah apakah tidak diperangi sahaja mereka?” Baginda ﷺ menjawab, “Tidak, selama mereka masih menegakkan solat”.” (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1077)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang memuliakan penguasa (yang dijadikan) Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah memuliakannya pada hari kiamat dan siapa yang menghinakan penguasa Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah hinakan dia pada hari kiamat.” (As-Sahihah al-Albani 2297)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Dengar dan taatilah mereka (pemimpin), baik dalam kesulitan atau kemudahan, gembira dan tidak suka, dan (meskipun) mereka bersikap curang (tidak adil) terhadapmu, walaupun mereka memakan hartamu dan memukul punggungmu.” (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1026, dan disahihkan al-Albani)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-Jamaah dan merendahkan pemerintah maka ia akan menemui Allah Azza wa Jalla dalam keadaan tidak mempunyai muka lagi. (dalam lafazh adz-Dzahabi tidak mempunyai hujjah).” (HR Ahmad 5/387, al-Hakim mensahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi 1/119)

📃 (Tabi’ut Tabi’in) Imam al-Barbahari berkata, Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Dengar dan taatilah para pemimpin dalam perkara yang dicintai dan diredhai Allah! Dan siapa yang diserahi jabatan kekhalifahan dengan kesepakatan dan keredhaan manusia kepadanya, maka ia adalah Amirul Mukminin. Tidak halal bagi sesiapun untuk berdiam satu malam dalam keadaan tidak menganggap adanya imam (pemimpin) baik orang yang soleh ataupun derhaka.” (Thabaqat Hababilah 2/21 dan Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

💎 Imam al-Barbahari berkata, “Barangsiapa yang keluar (memberontak) kepada imam kaum Muslimin maka ia Khawarij dan sungguh mereka telah mematahkan tongkat kaum Muslimin, menyelesihi atsar, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah.” (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

💎 Imam al-Barbahari berkata, “Tidak halal memerangi (memberontak kepada penguasa dan keluar (demonstrasi) terhadap mereka, meskipun mereka jahat, kerana tidak ada dalam as-Sunnah (tuntunan dari Nabi dan Sahabat) memerangi penguasa, kerana yang demikian itu mengakibatkan kerosakkan dunia dan agama.” (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf