Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 19)
Bab 1⃣5️⃣: Ahli Bid’ah Lebih Jahat Dari Orang Yang Fasiq (Bahagian 2)
Al-Imam al-Barbahari رحمه الله berkata, “Jika kamu dapati seorang Sunni yang buruk jalan mazhabnya, fasiq dan fajir (jahat), ahli maksiat sesat, namun ia berpegang dengan sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya, kerana kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu (secara langsung, -pent). Dan jika kamu lihat seseorang terus beribadah, meninggalkan kesenangan dunia, bersemangat dalam ibadah, namun pengekor hawa nafsu (ahli bid’ah), maka jangan bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana aku tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu binasa bersamanya.” (Syarhus Sunnah 124 no. 149)
Al-Imam asy-Syafi’i رحمه الله berkata, “Jika seorang hamba menghadap Allah dengan segenap dosa kecuali syirik, jauh lebih baik (lebih ringan dosanya, -pent) daripada ia menghadap Allah membawa sesuatu berupa hawa nafsu (bid’ah).” (Syarhus Sunnah hal. 124, disandarkan kepada al-Baihaqi dalam I’tiqad 158)
Al-Imam Ahmad رحمه الله berkata, “Kuburan Ahlus Sunnah (tetapi) pelaku dosa besar bagaikan taman, sedangkan kuburan Ahli Bid’ah biarpun ia zuhud adalah jurang (neraka). Orang fasiq di kalangan Ahlus Sunnah termasuk wali-wali Allah, sedangkan orang-orang zuhud (Ahli Ibadah) dari kalangan Ahli Bid’ah adalah musuh-musuh Allah.” (Thabaqat Hanabilah 1/184)
Abu Hatim رحمه الله berkata, aku mendengar Ahmad bin Sinan mengatakan, “Seandainya bertetangga denganku seorang pemuzik, tetap lebih aku senangi daripada Ahli Bid’ah yang menjadi jiranku. Kerana pemuzik itu mungkin boleh aku melarangnya dan aku hancurkan alat muziknya (tamburnya), sedangkan mubtadi’ (Ahli Bid’ah) ia merosakkan semua manusia, tetangga mahupun para pemuda.” (Al-Ibanah 2/469 no. 473)
Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة
Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf