🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 13)
Bab 1⃣1⃣: Boleh Meninggalkan Tokoh Tertentu Dari Kalangan Ahli Bid’ah dan Majlis Mereka & Menjauhkan Manusia Dari Mereka (Bahagian 2)
🗞 Dua orang ahli ahwa’ mendatangi Ibnu Sirin رحمه الله lalu berkata, “Wahai Abu Bakar (kunyah bagi Ibnu Sirin), (bolehkah) kami menyampaikan satu hadits kepadamu?” Beliau menjawab, “Tidak”. Keduanya berkata lagi, “Atau kami bacakan ayat Al-Qur’an kepadamu?”. Beliau menjawab, “Tidak. Kamu pergi dari saya atau saya yang akan pergi”. Lalu keduanya keluar, maka sebahagian orang bertanya, “Wahai Abu Bakar, mengapa anda tidak mahu mereka membacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepadamu?”. Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku khawatir ia bacakan kepadaku satu ayat, lalu mereka menyelewengkannya sehingga berbekas ke dalam hatiku”. (Ad-Darimi 1/120 no. 397)
🗞 Seorang ahli ahwa’ berkata kepada Ayyub رحمه الله, “Saya ingin bertanya mengenai satu kalimat kepadamu”. Ayyub segera berpaling dan berkata, “Tidak perlu, meskipun dengan setengah kalimat, meskipun dengan setengah kalimat (sambil mengisyaratkan dengan jarinya)”. (Ad-Darimi 1/121 no. 398)
🗞 Al-Fudhail bin Iyyadh رحمه الله berkata, “Jauhilah olehmu duduk dengan orang yang dapat merosakkan hatimu dan jangan duduk dengan pengekor hawa nafsu kerana sesungguhnya aku khawatir kamu akan terkena murka Allah”. (Al-Ibanah 2/462-463 no. 451-452)
📂 Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة
Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi.
Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf