Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah mutiara nasihat dari para ulama salaf (bahagian 10)

8 tahun yang lalu
baca 4 menit
Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 10)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 10)

Bab 🔟: Peringatan Salafusoleh Tentang Bahayanya Bergaul Dengan Ahli Bid’ah & Menyebut Nama Tokoh-Tokoh Mereka Bukan Dikira Ghibah (Bahagian 1)

🗞 Dari Atha’ رضي الله عنه ia berkata, Allah ﷻ mewahyukan kepada Musa عليهم السلام, “Janganlah kamu duduk (bermajlis) dengan ahli ahwa’, sebab sesungguhnya mereka akan menimbulkan perkara baru yang belum pernah ada di dalam hatimu.” (Al-Ibanah 2/433 no. 358)

🗞 Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata, “Barangsiapa yang suka memuliakan agamanya, maka tinggalkanlah bermajlis dengan ahli ahwa’ sebab yang demikian itu lebih melekat dari penyakit kulit.” (Al-Bida’ 56)

🗞 Sampai berita kepada Umar bin al-Khattab رضي الله عنه bahawa ada seorang lelaki yang berkumpul padanya anak-anak muda*, maka beliau melarang manusia duduk dengannya. (Majmu’ Fatawa 35/414)

*(Iaini anak-anak yang belum tumbuh janggotnya. Perkara tersebut dianggap jelek/aib oleh para ulama.)
Nukilan lengkapnya seperti berikut: Syaikhul Islam berkata: (…adapun kalau dengan maksud memperingatkan agar berhati-hati, maka walaupun belum mencapai kebid’ahan, tidak mengapa, seperti perkataan Ibnu Mas’ud: “ukurlah manusia dengan teman-teman dekatnya”. Pernah Umar bin Khattab mendengar seorang yang berkumpul padanya anak-anak muda…) -halaman yang sama. -Pent.-

🗞 Abu Nu’aim berkata, Sufyan ath-Thauri رحمه الله memasuki masjid pada hari Jum’at, tiba-tiba ia melihat al-Hasan bin Soleh bin Hayy sedang solat, beliau berkata, “Kami berlindung kepada Allah dari khusyu nifaq (kekhusyukan palsu)**.” Lalu beliau mengambil sandalnya dan berpindah.
Katanya lagi -juga dari ath-Thauri-, “Dia itu adalah orang yang menganggap bolehnya menumpahkan darah umat.” (Al-Tahdzib 2/249 no. 516)

**(Kerana kekhusyukannya tidak menghalangi dia dari perbuatan keji dan mungkar, iaitu menumpahkan darah kaum muslimin. -Pent.)

🗞 Abdullah bin (al-Imam) Ahmad bin Hanbal berkata, saya mendengar ayahku (al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله) berkata, “Barangsiapa yang mengatakan ucapanku (lafazku) dengan Al-Qur’an adalah makhluk, maka ini adalah ucapan yang sangat buruk dan rendah***, dan ini adalah perkataan orang-orang Jahmiyyah.” Saya katakan padanya, “Sesungguhnya Husain al-Karabisiy mengatakan hal ini.” Beliau berkata, “Dia dusta, semoga Allah membuka aibnya yang buruk itu. Sesungguhnya ia telah menggantikan Bisyr al-Marisiy.” (Al-Sunnah li Abdillah 1/165-166 no. 186-188)

***(Kerana perkataan “lafazku ketika membaca Al-Qur’an adalah makhluk” akan membawa kepada makna “Al-Qur’an adalah makhluk”. -Pent.)

🗞 Ibnul Mubarak رحمه الله berkata, “Hati-hatilah kamu jangan sampai duduk dengan ahli bid’ah.” (Al-Ibanah 2/463 no. 452-456)

📂 Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور 
في الاعتقاد و السنة,
karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf