Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah ikutilah sunnah tinggalkan bid’ah (bahagian 8)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 8)

🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 8)

📚 Bab 5⃣:
Perbezaan Antara Bid’ah Secara Bahasa & Bid’ah Secara Syariat

☝Makna yang bersifat bahasa majoritinya lebih umum daripada makna dalam syariat. Dan makna secara syariat majoritinya merupakan salah satu bahagian dari bahagian-bahagian makna secara bahasa. Sebagai contoh untuk hal ini adalah kata takwa, shaum (puasa), haji, umrah dan bid’ah.

✅ Kata takwa dalam bahasa adalah keupayaan seseorang untuk membuat perlindungan antara dirinya dengan semua perkara yang ia takutkan. Seperti membuat rumah-rumah dan khemah untuk berlindung dari panasnya matahari dan hawa sejuk. Juga mengenakan kasut untuk menjaga (kaki) dari segala sesuatu yang menyakiti yang ada pada tanah.

✅ Adapun takwa kepada Allah, iaitu seorang muslim menjadikan antara dirinya dan kemarahan Allah suatu perlindungan yang menjaga dirinya dari kemarahan Allah, iaitu dengan menjalankan perintah-perintah dan menjauhi laranganNya.

✅ Kata shiyam (puasa) secara bahasa adalah semua bentuk penahanan. Sedangkan dalam syariat bermakna menahan dari makan, minum dan semua yang membatalkannya sejak dari munculnya fajar hingga terbenamnya matahari.

✅ Kata haji secara bahasa adalah semua yang bersifat menuju. Sedangkan dalam syariat adalah menuju Makkah untuk melaksanakan syi’ar-syi’ar yang tertentu.

✅ Kata umrah dalam bahasa adalah semua yang bermakna mengunjungi. Dalam syariat maknanya adalah mengunjungi Ka’bah untuk thawaf (mengelilingi) Ka’bah, melakukan sa’i antara Bukit Shafa dan Marwah, serta mengundulkan atau mencukur (rambut).

👍❗Dan kata bid’ah dalam bahasa adalah semua yang diada-adakan tanpa ada contoh sebelumnya. Sedangkan dalam syariat adalah semua yang diada-adakan dari perkara yang tidak memiliki dasar dalam agama, dan ianya adalah lawan dari As-Sunnah.

Allahu’alam.

📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚