Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah ikutilah sunnah tinggalkan bid’ah (bahagian 6)

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 6)

🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 6)

📚 Bab 4⃣:
Bid’ah Adalah Kesesatan & Tidak Ada Istilah Bid’ah Hasanah (Bahagian 1⃣)

☝Bid’ah semuanya sesat kerana sabda Rasulullah, yang bersifat umum, iaitu dalam hadits Jabir dan Al-‘Irbadh:

“Dan setiap kebid’ahan adalah sesat.” (HR Muslim)

☝Keumuman (makna) yang terdapat dalam sabda baginda ini menunjukkan batilnya pernyataan orang yang berkata, “Sesungguhnya dalam Islam terdapat bid’ah hasanah.”

📕Ibnu Umar berkata, “Semua bid’ah adalah sesat walaupun dipandang oleh manusia sebagai kebaikkan.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Nashr Al-Marwazi dalam As-Sunnah)

❎ Dan tidak boleh dikatakan bahawa dalam Islam terdapat bid’ah hasanah hanya kerana berdasarkan sabda Rasulullah:

📕”Barangsiapa yang menghidupkan dalam Islam sunnah yang baik maka baginya pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkannya setelahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang menghidupkan dalam Islam sunnah yang jelek maka dilimpahkan atasnya dosanya dan dosa orang yang mengikuti setelahnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR Muslim)

✅ Kerana yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah berlumba-lumba dalam amalan kebaikkan dan meneladani orang yang mendahului mengamalkannya sebagaimana telah jelas dalam pembahasan sebab hadits ini yang disebutkan dalam Shahih Muslim sebelum membawakan hadits ini.

✅ Kesimpulan sebab hadits di atas adalah, bahawa ada sekelompok orang dari Mudhar yang datang ke Madinah. Kelihatan pada diri mereka kemiskinan dan kemelaratan. Kemudian Rasulullah memberikan galakkan untuk bersedenkah sehingga datanglah salah seorang dari kalangan Anshar yang membawa sekantong gandum yang hampir-hampir tangannya tidak kuat membawa. Lalu orang-orang mengikuti setelahnya untuk bersedekah. Ketika itu Nabi bersabda, “Barangsiapa yang menghidupkan dalam Islam sunnah yang baik…”

✅ Termasuk kandungan makna hadits ini pula, orang yang menghidupkan sunnah yang telah shahih dari Rasulullah pada satu negeri (tempat) yang sebelumnya tidak nampak.

❗Adapun apabila maknanya adalah mengadakan aktiviti/amalan baru dalam agama, maka yang demikian ini adalah salah, kerana Rasulullah bersabda:

📕”Barang siapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini, yang (kami) tidak menjadi bahagian darinya, maka perkara itu tertolak.” (HR Bukhari)

☝Hadits ini telah berlaku penegakkannya. Kerana syari’at ini telah sempurna, maka ia tidak memerlukan kepada pengadaan perkara baru. Juga dalam pengadaan aktiviti/amalan baru itu terdapat tuduhan yang kurang atau tidak sempurna pada syariat ini. Seperti yang baru disebutkan pernyataan Ibnu Umar, “Semua bid’ah adalah sesat walaupun dipandang oleh manusia sebagai kebaikkan.”

💎 Juga pernyataan Imam Malik, “Barang siapa yang membuat bid’ah dalam agama Islam, ia memandangnya sebagai kebaikkan, maka ia telah menuduh bahawa Muhammad (Rasulullah) mengkhianati syariat. Kerana Allah telah berfirman:

📖 “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu.” (Al-Maidah: 3)

✅ Sehingga apa saja yang pada hari itu tidak menjadi agama, maka pada hari ini (dan selama-lamanya) juga tidak menjadi agama.” (Al-I’tisham, 1/28)

📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚