🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 5)
📚 Bab 3⃣:
Mengikuti As-Sunnah Dalam Perkara Furu’ (Cabang) Adalah Suatu Kewajiban, Sebagaimana Halnya Dalam Perkara Ushul (Prinsip)
☝Mengikuti Sunnah Rasulullah dalam memegangi apa yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam bidang aqidah dan furu’ wajib dilakukan kerana baginda bersabda:
📕”Sesungguhnya di antara kalian yang masih hidup (berumur panjang), akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa al-mahdiyyin ar-rasyidin.” (Al-Hadits)
☝Para ulama dari kalangan salaf umat ini -di antara mereka adalah imam yang empat, Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad- telah mewasiatkan agar memilih perkara yang ditunjukkan oleh dalil (dari Al-Qur’an dan As-Sunnah) dan meninggalkan perkataan mereka apabila ternyata ada hadits shahih dari Rasulullah yang menyelesihinya.
💎 Al-Imam Malik berkata, “Semua orang boleh diambil ucapannya dan boleh ditolak, kecuali Rasulullah.”
💎 Al-Imam Asy-Syafi’i berkata, “Para ulama telah bersepakat bahawa siapa yang jelas baginya Sunnah Rasulullah, maka tidak boleh baginya untuk meninggalkannya disebabkan ucapan orang (lain).” (Ar-Ruh karya Ibnul Qayyim, hal. 395-396)
♻ Contoh:
📖 Dinukilkan dari Tafsir Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat, “Perliharalah semua solat(mu), dan (perliharalah) solat Wustha.” (Al-Baqarah: 238)
✅ Al-Imam Ibnu Katsir asy-Syafi’i berkata, “Telah tetap keberadaan As-Sunnah bahawasanya solat wushta adalah solat asar, sehingga wajib berpendapat dengan ini.”
✅ Kemudian beliau (Ibnu Katsir) menukilkan pendapat dari Al-Imam Asy-Syafi’i bahawa beliau berkata, “Semua yang aku katakan, kemudian terdapat hadits shahih dari Nabi yang menyelesihi pendapatku, maka hadits Nabi lebih berhak (untuk diikuti). Jangan kalian bertaqlid (mengikuti secara membuta tuli) kepadaku.”
✅ Al-Imam Asy-Syafi’i juga berkata, “Apabila telah sah haditsnya, kemudian aku memiliki satu pendapat (yang menyelisihinya), maka aku rujuk dari pendapatku, dan aku berpendapat dengan hadits tersebut.”
✅ Kemudian Ibnu Katsir berkata, “Beliau (Asy-Syafi’i) menyatakan pernyataan ini berdasar pada derajat dan amanahnya. Inilah yang dinyatakan oleh rakan-rakannya dari kalangan para imam.”
✅ Dari sini, Al-Qadhi Al-Mawardi memutuskan bahawa madzhab Asy-Syafi’i adalah menyatakan bahawa solat wustha adalah solat asar.
✅ Method penyimpulan seperti ini disetujui oleh sekelompok ahli hadits dari madzhab Syafi’iyyah. Segala puji dan karunia adalah milik Allah.
📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah, Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Fathul Mujib)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚