🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 1)
📚 Bab 1⃣:
Pemutlakkan (Makna) Kata-Kata Sunnah
☝Syariat yang sempurna ini adalah Sunnah baginda shallalllaahu ‘alaihi wa sallam. Kata Sunnah dimutlakkan untuk empat bentuk:
1⃣ Bahawa semua yang ada dalam Kitabullah dan Sunnah (Hadits) adalah Sunnah baginda. Itu semua adalah jalan baginda yang dahulu bagind ada di atasnya.
📕”Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku.” (HR Bukhari)
2⃣ Bahawa kata Sunnah bermakna hadits.
📕”Wahai manusia, sesungguhnya aku meninggalkan pada kalian sesuatu yang apabila kalian berpegang teguh dengannya maka kalian tidak akan sesat selama-lamanya. Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.” (HR al-Hakim dalam Mustadrak 1/93)
3⃣ Bahawa as-Sunnah dimutlakkan untuk suatu perkara yang menjadi lawan kepada bid’ah.
📕”Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup (berumur panjang), maka ia akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu hendaklah kalian berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ al-Mahdiyyin ar-Rasyidin. Hendaklah kalian berpegang teguh dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Serta hendaklah kalian berhati-hati terhadap perkara-perkara yang baru diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang baru adalah bid’ah (tidak ada contohnya), dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud, at-Tirmidzi & Ibnu Majah. At-Tirmidzi berkata hadits ini adalah hasan shahih)
4⃣ Bahawa kata as-Sunnah dimutlakkan untuk makna mandub dan mustahab, iaitu perkara-perkara agama yang datang dalam keadaan dimustahabkan (disukai/dianjurkan), tidak diwajibkan. Pemutlakkan untuk makna ini banyak dilakukan oleh para ahli fiqh.
📕”Kalau saja tidak memberatkan umatku, sungguh aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak ketika hendak solat.” (HR Bukhari)
📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚