🔗 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 25)
📚 Bab 9⃣: Ketentuan Berbuka Puasa & Sahur
🔘 Ketentuan Sahur
📕“Hendaklah kalian makan sahur, kerana pada santapan sahur terdapat berkah.” (Muttafaq ‘alaih)
🔹An-Nawawi berkata dalam kitab al-Majmu’, “Waktu sahur adalah rentang waktu antara pertengahan malam hingga terbitnya fajar (waktu Subuh).”
🔘 Hukum Sahur
🔹Sahur yang diperintahkan oleh Rasulullah dalam hadits tersebut hukumnya sunnah (tidak wajib). Hal ini telah menjadi ijma’ (kesepakatan) para ulama. Ijma’ tersebut telah dinukilkan oleh Ibnul Mudzir, an-Nawawi dan Ibnu Qudamah.
🔘 Berkah Sahur
🔹Antara berkah sahur yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dan al-Utsaimin:
1⃣: Berkah terbesar yang akan diraih dengan melaksanakan sahur adalah mengikuti sunnah Nabi, baik sunnah qauliyyah (sunnah berupa ucapan Rasul) mahupun sunnah fi’liyyah (sunnah berupa perbuatan Rasul).
📕Zaid bin Tsabit berkata, “Kami pernah melakukan sahur bersama Rasulullah, kemudian kami pergi menunaikan solat Subuh.” Aku (Anas) bertanya, “Berapa selang waktu antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid bin Tsabit menjawab, “Lama bacaan lima puluh ayat.” (Muttafaq ‘alaih)
2⃣: Menyelesihi kebiasaan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani).
📕“Pembeza antara puasa kami (umat ini) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR Muslim)
3⃣: Menguatkan orang yang berpuasa dalam beribadah.
4⃣: Memberi tambahan semangat dalam melaksanakan ibadah.
5⃣: Menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa di waktu terkabulnya doa, kerana terjaga di waktu sahur.
6⃣: Mendapatkan kesempatan untuk menyusulkan niat berpuasa esok harinya, iaitu bagi orang yang lupa berniat sebelum tidur.
📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Si’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)
Bersambung insyaAllah.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf