Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah fikih puasa lengkap (bahagian 23)

8 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 23)

🔗 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 23)

📚 Bab 8⃣: Pembatal-Pembatal Puasa

🔘 Jenis-Jenis Kafarat
🔹Jenis-jenis kafarat yang telah disebutkan oleh al-Imam as-Si’di seperti yang disebutkan sebagai berikut:

1⃣: Memerdekakan (membebaskan) hamba (budak). Dipersyaratkan bahawa hamba yang dimerdekakan adalah hamba yang beriman, meskipun dia fasiq. Dengan demikian, pembebasan hamba kafir tidak sah dalam hal ini.

📖 “…Hendaklah ia membebaskan hamba mukmin (beriman)…” (An-Nisa’: 92)

📕“Bebaskanlah hamba wanita ini kerana sesungguhnya ia wanita yang mukminah (beriman)!” (HR Muslim)

2⃣: Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus. Jika terputus tanpa uzur maka urutan puasa kafarat yang sedang dikerjakan itu batal dan harus diulangi dengan puasa yang baru dari awal. Adapun jika terputus kerana ada uzur, tidak batal. Uzur-uzur tersebut adalah:
➡Uzur secara fizikal, seperti uzur sakit mahupun safar tanpa ada maksud untuk beristirehat dari puasa.
➡Uzur secara syariat, iaitu terhalang berpuasa kerana bertepatan dengan hari ‘Idul Fitri, ‘Idul Adha, ataupun hari-hari tasyriq (11 – 13 Dzulhijjah) yang merupakan hari-hari yang diharamkan berpuasa.

3⃣: Memberi makanan kepada enam puluh orang fakir miskin. Jumlahnya harus enam puluh orang fakir miskin. Jika makanan dengan kadar yang mencukupi enam puluh orang fakir miskin dikumpulkan lalu dibagikan kepada satu orang fakir miskin saja atau kepada enam orang fakir miskin saja selama sepuluh hari, hal ini tidaklah sah. Dalam hal ini dipersyaratkan harus dibagikan kepada enam puluh orang fakir miskin, yang masing-masing mendapat satu bahagian makanan.

📕“…Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?…” (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim)

✅ Namun, jika tidak diketemukan fakir miskin sejumlah itu, diperbolehkan memberikannya kepada sejumlah fakir miskin yang ada. Jika fakir miskin yang ditemukan hanya tiga puluh orang, diberikan kepada mereka dua kali per hari. Jika yang ditemukan hanya lima belas orang, diberikan kepada mereka empat kali per hari. Jika hanya satu orang, diberikan kepada mereka enam puluh kali per hari. Inilah pendapat terkuat dalam masalah ini yang dipilih oleh Ibnu Qoyyim dan Ibnu Utsaimin.

❗Tidak boleh memilih jenis pilihan kafarat berikutnya melainkan jika jenis sebelumnya tidak mampu ditunaikan. Ini adalah pendapat jumhur ulama.

📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Si’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf