🔗 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 22)
📚 Bab 8⃣: Pembatal-Pembatal Puasa
🔘 Ketentuan Kafarat (Tebusan)
🔹Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama apakah kafarat hanya wajib bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana jima’, ataukah wajib bagi siapa saja yang membatalkan puasanya dengan pembatal puasa apa pun.
1⃣: Pendapat pertama, yang terkena kewajipan kafarat adalah orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima’. Adapun orang yang batal puasa Ramadhan kerana selain jima’, ia tidak terkena kewajipan membayar kafarat. Inilah pendapat yang disebutkan oleh penulis (as-Si’di), dan merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat ini dinyatakan rajih (kuat) oleh Syaikhul Islam, al-Albani, al-Utsaimin dan al-Lajnah ad-Da’imah.
📕“Seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata, ‘Binasalah aku wahai Rasulullah.’ Nabi pun bertanya, ‘Apa yang membinasakanmu?’ Ia berkata, ‘Aku telah menggauli isteriku di siang Ramadhan.’ Baginda bertanya, ‘Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memerdekakan (membebaskan) budak (hamba)?’ Ia menjawab, ‘Tidak.’ Baginda bertanya, ‘Apakah engkau boleh melakukan puasa selama dua bulan secara berturut-turut?’ Ia menjawab, ‘Tidak.’ Baginda bertanya, ‘Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?’ Ia menjawab, ‘Tidak…’ …” (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)
2⃣: Pendapat kedua, kafarat dikenakan secara umum kepada orang yang batal puasa Ramadhan kerana faktor apa pun, baik kerana jima’ mahupun selainnya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki, dan pendapat ini yang dipilih oleh asy-Syaukani. Mereka berdalil dengan hadits di atas yang bersifat mutlak dan qiyas antara jima’ dengan pembatal puasa lainnya. Kedua pendalilan ini lemah. Jadi, kewajipan kafarat hanya berlaku bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima’.
📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Si’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)
Bersambung insyaAllah.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf