🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺
📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 9)
📚 Kaedah Ketiga (Bag. 2)
💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Dalilnya adalah firman Allah ta’ala: “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi(i) dan (sehingga) agama itu hanya semata-mata untuk Allah.” (Al-Baqarah: 193)
Dalil tentang (adanya penyembahan kepada) matahari dan bulan iaitu perkataan Allah ta’ala: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah engkau beribadah kepada matahari mahupun bulan(ii).” (Fushshilat: 37)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Kalimah ini umum meliputi seluruh kaum musyrikin dan tidak ada pengecualian sedikitpun, kemudian Allah mengatakan, “Hingga tidak terjadi fitnah”, fitnah dalam ayat ini adalah kesyirikkan. Jadi maksudnya sampai tidak didapati kesyirikkan.”
(ii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Menunjukkan bahawa di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada matahari dan bulan. Sehingga Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk seorang solat ketika terbitnya matahari dan ketika terbenamnya, dalam rangka usaha menutup pintu yang mengantarkan kepada kesyirikkan. Sebab di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada matahari ketika terbitnya dan bersujud kepada matahari ketika terbenamnya, sehingga kita dilarang untuk solat di dua waktu tersebut, walaupun solat tersebut untuk Allah ta’ala. Akan tetapi dikeranakan solat pada waktu tersebut menyerupai perbuatan kaum musyrikin, maka kita dilarang dari perbuatan tersebut dalam rangka menutup pintu keburukkan yang akan menjerumuskan kepada perbuatan kesyirikkan. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam datang dengan membawa larangan dari perbuatan syirik dan demikian juga baginda datang untuk menutup segala pintu-pintu yang menjerumuskan kepada perbuatan kesyirikkan.”
📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: thoriqussalaf