Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah empat kaedah dalam memahami tauhid (bahagian 5)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 5)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 5)

📚 Kaedah Pertama

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Kaedah Pertama: Kamu harus mengetahui bahawa orang-orang kafir yang diperangi Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga mengakui bahawa Allah ta’ala adalah pencipta dan pengatur. Namun pengakuan itu belum memasukkan mereka ke dalam Islam(i). Dalilnya adalah firman Allah ta’ala:

“Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab, “Allah”. Maka katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” (Yunus: 31)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Kaedah Pertama: Hendaknya kamu mengetahui bahawa orang-orang kafir yang telah diperangi oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah orang-orang yang mengakui Tauhid Rububiyyah, akan tetapi pengakuan mereka terhadap Tauhid Rububiyyah belumlah memasukkan mereka ke dalam Islam, dan tidak menjadikan diharamkannya darah dan harta benda mereka.

☝Dari sini menunjukkan bahawa sesungguhnya tauhid itu bukanlah sekadar pengakuan tentang Tauhid Rububiyyah semata. Dan juga kesyirikkan itu tidak hanya sebatas kesyirikkan dalam Rububiyyah semata. Bahkan tidak ada seorangpun yang menyekutukan Allah dalam hal Rububiyyah, kecuali segelintir orang yang terkeluar dari kewajaran, sebab setiap umat mengakui Tauhid Rububiyyah.

☝Tauhid Rububiyyah adalah pengakuan bahawa Allah ta’ala adalah Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan Yang Mengatur, atau dengan istilah yang lebih ringkas, mengesakan Allah ta’ala di dalam perbuatan-perbuatanNya.

✊Tidak ada satu makhluk pun yang mengakui bahawa ada pencipta lain yang mencipta bersama Allah ta’ala, atau ada yang memberi rezeki selain Allah, atau menghidupkan dan mematikan. Bahkan, orang-orang musyrik pun mengakui bahawa Allah ta’ala adalah satu-satunya Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan Yang Mengatur Segala Sesuatu:

📖 “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”, tentu mereka akan menjawab, “Allah”.” (Luqman: 25)

📖 “Katakanlah: “Siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya ‘Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab, “Kepunyaan Allah”.” (Al-Mukminun: 86-87)

☝Bacalah ayat-ayat akhir dari Surah Al-Mukminun, nescaya kalian akan mendapati bahawa kaum musyrikin mengakui tentang Tauhid Rububiyyah. Demikian juga pada Surah Yunus:

📖 “Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab, “Allah”.”(Yunus: 31)

❗Mereka adalah orang-orang yang mengakui hal itu.

✊Tidaklah tauhid itu hanya sebatas mengakui Tauhid Rububiyyah seperti yang dikatakan oleh Ahlul Kalam (seperti Ahli Falsafah, -pent.) di dalam keyakinan mereka. Mereka menetapkan bahawa tauhid itu adalah keyakinan bahawa Allah ta’ala itu adalah Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Mematikan dan Yang Menghidupkan. Sehingga mereka mengatakan, “Allah itu esa DzatNya, tidak terbilang, esa dalam sifat-sifatNya, tiada yang menyerupaiNya, esa dalam perbuatan-perbuatanNya, tidak ada sekutu bagiNya”. Ini tidak lain adalah Tauhid Rububiyyah. Rujuklah dalam kitab mana saja dari kitab-kitab para ulama Ahlul Kalam, maka kalian akan mendapati mereka tidak keluar dari seputar Tauhid Rububiyyah. Ini bukanlah tauhid yang dengannya Allah mengutus para Rasul. Meyakini hal ini semata tidak memberikan manfaat bagi pelakunya. Sebab yang seperti ini diakui kaum musyirikin dan orang-orang kafir. Namun semua itu tidak mengeluarkan dari kekufurannya dan tidak pula memasukkan mereka ke dalam Islam ini.

❗Keyakinan itu (hanya dalam Tauhid Rububiyyah) adalah kesalahan besar. Barangsiapa berkeyakinan seperti itu, maka tidaklah melebihi dari apa yang diyakini oleh Abu Jahl dan Abu Lahab. Serta keyakinan yang dianut sebahagian Al-Mutsaqqifin (ahli pendidikan dan kebudayaan) hanyalah sebatas pengakuan Tauhid Rububiyyah semata. Mereka tidak berusaha menuju kepada Tauhid Uluhiyyah. Yang demikian ini adalah suatu kesalahan besar dalam mendefinisikan tauhid.

✊Adapun tentang kesyirikkan, mereka mengatakan, iaitu “Kamu meyakini bahawa ada selain Allah yang menciptakan bersama Allah ta’ala atau ada yang memberikan rezeki selain Allah ta’ala”. Kita katakan, “Yang seperti ini tidak pernah diucapkan oleh Abu Jahl dan Abu Lahab. Mereka (kaum musyrikin zaman dahulu) tidak pernah mengatakan bahawa ada yang menciptakan bersama Allah dan memberikan rezeki bersama Allah. Bahkan, mereka mengakui bahawa Allah ta’ala adalah satu-satunya Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com