Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah empat kaedah dalam memahami tauhid (bahagian 2)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 2)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 2)

📚 Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 2⃣)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Ketahuilah, semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu untuk taat kepadaNya, bahawa sesungguhnya al-hanifiyah adalah millah (agama) Ibrahim(i), iaitu kalian beribadah hanya kepada Allah dengan mengikhlaskan agama ini bagiNya semata, sebagaimana firman Allah, “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu,” (Adz-Dzariyaat: 56)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Allah telah memerintahkan Nabi kita Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk mengikuti agama Nabi Ibrahim. Allah ta’ala berfirman:

📖 “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.” (An-Nahl: 123)

☝Makna Al-Hanif adalah orang yang menghadapkan diri kepada Allah dan berpaling dari selainNya. Inilah makna Al-Hanif, iaitu orang yang menghadapkan dirinya kepada Allah dengan sepenuh hati, amalan, niat dan keinginannya, semuanya ditujukan kepada Allah ta’ala, serta berpaling dari selain Allah ta’ala.

❗Iaini dengan menjauhkan kesyirikkan, sebab ibadah jika dicampuri kesyirikkan, maka ibadah tersebut batal. Sehingga tidaklah ibadah itu dikatakan sebagai ibadah melainkan apabila ibadah tersebut selamat dari kesyirikkan, baik yang besar mahupun yang kecil, sebagaimana firman Allah ta’ala:

📖 “Padahal mereka tidaklah disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus.” (Al-Bayyinah: 5)

👍 Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang menyeru manusia untuk beribadah kepada Allah sebagaimana para Nabi yang lain. Setiap Nabi menyeru kepada manusia untuk beribadah kepada Allah ta’ala dan meninggalkan segala macam bentuk peribadatan kepada selainNya, sebagaimana firman Allah:

📖 “Dan sungguh telah Kami utus pada tiap-tiap umat seorang Rasul (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (An-Nahl: 36)

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com