🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺
📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 15 – Akhir)
📚 Kaedah Keempat (Bahagian 2)
💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Kaedah Keempat: Bahawa kaum musyrikin pada zaman kita ini lebih dahsyat dan lebih kental kesyirikkannya daripada kaum musyrikin pada zaman dahulu. Sebab kaum musyrikin terdahulu hanya berbuat syirik ketika dalam keadaan senang dan mengikhlaskan ibadah dikala sempit. Adapun kaum musyrikin pada zaman kita, kesyirikan mereka terus menerus baik ketika dalam keadaan senang mahupun sempit (susah)(i). Dalilnya adalah firman Allah ta’ala:
“Maka apabila mereka naik kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).” (Al-‘Ankabut: 65)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Kaum musyrikin zaman ini (iaitu yang akhir-akhir ini), kesyirikkan yang terjadi pada umat Muhammadiyyah ini berlangsung terus menerus, baik dalam kelapangan mahupun kesempitan. Tidak pernah mengikhlaskan ibadah kepada Allah (di waktu senang) dan tidak pula dikala susah. Bahkan, ketika keadaan semakin sempit, semakin dahsyat pula kesyirikkan yang mereka lakukan. Seruan mereka kepada Al-Hasan, Al-Husien, Abdul Qadir Jailani, Ar-Rifa’iy dan yang lainnya adalah perkara yang sudah diketahui. Dikisahkan berbagai macam keanehan yang dialami mereka ketika di lautan. Maka apabila keadaan semakin menghimpit mereka, mereka memanggil-manggil nama-nama para wali dan orang-orang soleh dan mohon pertolongan kepada mereka. Sebab para da’i yang menyeru kepada kebathilan dan kesesatan mengatakan kepada mereka, “Kami telah menyelamatkan kalian di lautan, jika kalian tertimpa sesuatu musibah, maka panggillah nama-nama kami, nescaya kami akan menyelamatkan kalian.”
☝🏼Sebagaimana hal ini dikisahkan dari “Syaikh” Tarekat Sufiyah. Bacalah -jika kalian mengkehendaki- Kitab Thabaqat Asy-Sya’rany. Di dalamnya terdapat kisah-kisah tentang kamarah para wali yang boleh menyelamatkan dari lautan, menghulurkan tangannya ke laut kemudian mengangkat kapal secara keseluruhan dan mengeluarkannya ke daratan dan tidak basah lengan-lengan baju mereka. Dan masih banyak lagi igauan-igauan dan khurafat mereka. Kesyirikkan mereka terus berlangsung baik dalam keadaan senang ataupun susah. Sehingga mereka lebih dahsyat dibandingkan kaum musyrikin zaman dahulu.
🔥Demikian juga –sebagaimana yang disebutkan oleh Asy Syaikh Muhammad Abdul Wahhab rahimahullaahu ta’ala dalam Kitab beliau Kasyfusy Syubhat, “Dari sisi yang lain bahawa kaum musyrikin zaman dahulu menyembah orang-orang yang soleh dari kalangan malaikat, para Nabi dan para wali. Adapun mereka (kaum musyrikin zaman ini) mereka beribadah kepada manusia-manusia yang paling fajir. Mereka mengakui hal itu. Wali-wali yang mereka namakan Al-Aqthab dan Al-Aghwats tidak pernah mengerjakan solat, tidak puasa, dan bukan orang-orang yang membersihkan diri dari perbuatan zina, liwath (homoseks) dan perbuatan keji lainnya. Sebab menurut persangkaan mereka, mereka adalah orang-orang yang tidak lagi terkena beban syariat, sehingga tidak ada lagi perkara haram dan halal bagi mereka, hal yang seperti itu hanya untuk orang awam saja -menurut mereka-.”
❗Mereka juga mengakui bahawa tokoh-tokoh mereka tidak solat, tidak puasa, dan mereka adalah orang-orang yang tidak menjaga diri dari perbuatan-perbuatan keji. Meskipun seperti itu, mereka tetap beribadah kepada tokoh-tokoh mereka tersebut, bahkan mereka beribadah kepada manusia-manusia yang paling fajir seperti, Al-Hallaj, Ibnu ‘Arabi, Ar-Rifa’iy, Al-Badawy dan yang selainnya.”
📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)
Alhamdulillah. Selesai.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf