🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺
📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 12)
📚 Kaedah Ketiga (Bahagian 5)
💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Dan dalil (tentang adanya peribadatan kepada) batu-batu dan pohon-pohon adalah firman Allah ta’ala:
“Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap Al-Laata, Al-Uzza, dan Manat yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan Allah)?” (An-Najm: 19-20)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Al-Laata dengan takhfif (tidak mentasydid) huruf ta’-nya, adalah nama sebuah patung di Kota Thaif, iaitu nama bagi sebuah batu yang terukir, yang di atasnya terdapat bangunan rumah, kain tirai yang menyerupai Ka’bah. Ada juga yang membaca “Afara aytumullatta” dengan mentasydid huruf ta’-nya, ertinya adalah isim fa’il (Latta ya luttu), iaitu lelaki soleh yang dahulu pekerjaannya membuat adunan tepung (makanan) dan membahagikannya kepada para jama’ah haji. Ketika ia telah mati, dibangunlah rumah di atas kuburannya, dan ditutup dengan kain tirai. Hingga akhirnya mereka menyembahnya di samping beribadah kepada Allah ta’ala. Itulah patung Laata.
☝🏼Adapun ‘Uzza, adalah pohon yang berada di suatu lembah Nakhlah yang terletak antara Kota Makkah dan Thaif, di sekitarnya terdapat bangunan dan tirai-tirai penutup. Terdapat pula penunggu (juri kuncinya), bahkan terdapat syaitan yang mengajak bicara kepada manusia. Sehingga orang-orang jahil menyangka bahawa yang berbicara adalah pohon itu sendiri atau bangunan tersebut.
☝🏼Adapun Manat, sebuah batu besar yang berada di dekat Gunung Qudaid antara Makkah dan Madinah. Berhala tersebut adalah berhala yang diibadahi oleh suku Khuza’ah, Aus dan Khazraj. Dahulunya mereka memulai ihram untuk haji dari tempat berhala tersebut dan mengibadahinya sebagai ilah (sembahan) selain Allah ta’ala.
❗Tatkala Allah ta’ala mendatangkan Islam dan Rasulullah ﷺ membuka Kota Makkah Al-Musyarrofah, baginda mengutus Mughirah bin Syu’bah dan Abu Sufyan bin Harb untuk menghancurkan Laata yang ada di Thaif. Baginda ﷺ juga mengutus Khalid bin Al-Walid untuk menghancurkannya, menebang pohon-pohon yang ada serta membunuh jin perempuan yang biasa mengajak bicara kepada manusia dan menyesatkan mereka.
❗Demikian juga Rasulullah ﷺ mengutus Ali bin Abi Thalib untuk menghancurkan Manat, maka beliau menghancurkannya dan menghilangkannya tanpa bekas.
☑ Ini merupakan dalil bahawa di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada pohon-pohon dan batu-batu. Ya… Subhanallah! Manusia yang memiliki akal, beribadah kepada pohon-pohon dan batu-batu yang tidak lain adalah benda mati, tidak memiliki akal, tidak mampu bergerak dan tidak pula hidup. Ke mana perginya akal-akal manusia?? Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka katakan.”
📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf