Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah empat kaedah dalam memahami tauhid (bahagian 11)

8 tahun yang lalu
baca 4 menit
Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 11)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 11)

📚 Kaedah Ketiga (Bag. 4)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Dan dalil tentang orang-orang soleh(i) adalah firman Allah ta’ala:
“Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari wasilah(iii) kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah)(ii) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya.” (Al-Israa’: 57)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Iaini bahawa di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada orang-orang soleh dari kalangan manusia.”

(ii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Ada yang berpendapat bahawa ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang yang beribadah kepada Al-Masih (Isa bin Maryam) dan ibunya serta ‘Uzair. Maka Allah mengkhabarkan bahawa Al-Masih dan ibunya iaitu Maryam itu sendiri mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan rahmatNya serta takut azabNya.

▪Pendapat kedua, bahawa ayat tersebut turun berkenaan dengan orang-orang musyrik yang beribadah kepada para jin. Kemudian jin yang diibadahi tersebut masuk Islam sedang orang-orang yang mengibadahinya tidak tahu tentang keislamannya.

☝🏼Tafsir mana saja yang ditunjukkan oleh ayat yang mulia tersebut, maka sesungguhnya ayat ini menunjukkan tidak bolehnya beribadah kepada orang-orang soleh, baik dari kalangan para Nabi dan para shidiqin mahupun dari kalangan para wali dan solehin. Tidak boleh beribadah kepada mereka, sebab mereka semua adalah hamba Allah yang senantiasa sangat memerlukan kepada Allah. Lalu bagaimana mereka diibadahi bersama Allah?!”

(iii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Adapun makna wasilah adalah ketaatan dan pendekatan. Secara bahasa ertinya sesuatu yang dapat menghantarkan kepada tujuan. Maka yang dapat menghantarkan kepada keredhaan Allah ta’ala dan syurgaNya disebut sebagai wasilah yang menghantarkan kepada Allah. Inilah wasilah yang disyariatkan dalam firman Allah:

📖 “Dan carilah wasilah yang mendekatkan diri kepadaNya.” (Al-Maaidah: 35)

❌ Adapun orang-orang yang menyelewengkan makna dan para pendusta mengatakan bahawa wasilah adalah kamu menjadikan antara dirimu dengan Allah perantara dari kalangan para wali, orang-orang soleh dan orang-orang yang telah mati. Kamu menjadikan mereka sebagai perantara yang menghubungkan antara kamu dengan Allah agar mereka mendekatkanmu kepada Allah (sebagaimana alasan orang kafir terdahulu):

📖 “Kami tidak beribadah kepada mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (Az-Zumar: 3)

❗Jadi, makna wasilah menurut Al-Mukhorrifin (orang-orang yang kacau pemikirannya dari para pendusta, -pent.), iaitu kamu menjadikan perantara antara dirimu dengan Allah wasilah (perantara) yang akan memperkenalkan Allah kepadamu dan menyampaikan kepadaNya keperluan-keperluanmu serta mengkhabarkan kepadaNya tentang dirimu. Seakan-akan Allah tidak mengenalimu, atau seakan-akan Allah itu bakhil yang tidak akan memberi kecuali setelah adanya pengaduan kepadaNya melalui para wasilah tersebut. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka katakan.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf