🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺
🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 37)
📝 Bab: Tawassul & Mencari Syafaat
❓Soalan 1️⃣:
Dengan apa kita menjadikan wasilah (bertawassul) kepada Allah سبحانه وتعالى?
✅ Jawab:
Tawassul itu ada yang diperbolehkan dan ada yang dilarang.
A) Tawassul yang diperbolehkan dan perlu ditempuh:
1. Bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah سبحانه وتعالى.
2. Bertawassul dengan amal-amal soleh.
📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Hanya milik Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaa-ul Husna itu.” (Al-A’raf: 180)
Allah ﷻ juga berfirman (ertinya), “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya…” (Al-Ma’idah: 35)
📕Dalil dari As-Sunnah:
Nabi ﷺ bersabda (ertinya), “Aku memohon kepada Engkau Ya Allah dengan semua nama-nama Engkau khususkan bagiMu.” (HR Ahmad, Sahih)
Dan Nabi ﷺ pernah berkata kepada seseorang yang ingin menemani baginda di syurga (ertinya), “Bantulah aku pada dirimu dengan memperbanyak sujud (iaitu solat dan itu adalah amal soleh).” (HR Muslim)
3. Kita boleh bertawassul dengan kecintaan kita dan kecintaan Allah سبحانه وتعالى kepada para Rasul dan wali-waliNya. Dan sebagaimana kisah para penghuni gua bertawassul dengan amal-amal mereka yang soleh, kemudian Allah سبحانه وتعالى mengeluarkan mereka dari gua.
B) Adapun tawassul yang dilarang iaitu berdoa kepada orang-orang yang sudah mati dan meminta dipenuhinya hajat-hajat kepada mereka, sebagaimana fenomena yang tampak pada zaman ini, padahal itu merupakan syirik besar.
📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah, sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (Yunus: 106)
Adapun bertawassul dengan kedudukan atau kewibawaan Nabi, seperti ucapan, “Wahai Rabbku dengan kewibawaan Nabimu, sembuhkanlah penyakitku”, maka hal ini adalah bid’ah. Kerana para sahabat tidak pernah melakukannya. Juga kerana Umar bertawassul dengan doa Abbas ketika dia masih hidup dan tidak bertawassul dengan doa Nabi sesudah wafatnya baginda. Dan tawassul seperti ini dapat menjerumuskan seseorang kepada kesyirikan. Yang demikian itu apabila ia berkeyakinan bahawa Allah سبحانه وتعالى memerlukan perantara-perantara berupa manusia, sebagaimana halnya para pemimpin atau hakim, bererti ia telah menyamakan Al-Khaliq dengan makhluk.
📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)
Bersambung insyaAllah.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf