🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺
🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 13)
📝 Bab: Syarat-Syarat Agar Amalan Diterima
❓Soalan 1⃣:
Apakah syarat-syarat agar amal diterima?
✅ Jawab:
Syarat-syarat agar amal ini diterima di sisi Allah ada tiga jenis, iaitu:
1⃣ Beriman kepada Allah dan mengesakanNya.
📖 Dalil dari Al-Qur’an:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.” (Al-Kahfi: 107)
📕Dalil dari As-Sunnah:
“Katakanlah: Aku beriman kemudian istiqamahlah di atasnya.” (HR Muslim)
2⃣ Ikhlas, iaitu beramal hanya kerana Allah tanpa disertai riya’ (ingin dilihat orang lain) dan sum’ah (ingin didengar orang lain).
📖 Dalil dari Al-Qur’an:
“…Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya.” (Az-Zumar: 2)
3⃣ Sesuai dengan tuntunan Rasulullah.
📖 Dalil dari Al-Qur’an:
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Al-Hasyr: 7)
📕Dalil dari As-Sunnah:
“Barangsiapa mengamalkan suatu amalan yang bukan atas perintah kami, maka ia tertolak.” (HR Muslim)
📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Bani Ghifar, editor Ustadz Abu Muhammad Idral Harits)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram.me/thoriqussalaf