Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah 10 rintangan dalam menuntut ilmu (bahagian 8)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu (Bahagian 8)

📜🍃📜🍃📜🍃📜🍃📜

🔗 Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

❗Rintangan ke-8⃣: Rendahnya Cita-Cita

Al-Farro’ berkata, “Aku tidak merasa kasihan pada seseorang seperti rasa kasihanku kepada dua orang:

 Seorang yang menuntut ilmu, tapi dia tidak mempunyai pemahaman, dan

 Seorang yang faham tetapi tidak mencarinya.

Dan aku sungguh hairan dengan orang yang lapang untuk menuntut ilmu tetapi dia tidak belajar.” (Jami’ Bayan al-Ilmi wa Fadhlih, 103)

Ibnul Jauzi berkata, “Kalau memungkinkan bagimu untuk melampaui setiap ulama dan orang-orang yang zuhud, maka lakukanlah. Sesungguhnya mereka adalah laki-laki sebagaimana engkau juga laki-laki. Dan tidaklah seseorang duduk kecuali kerana rendahnya dan hinanya cita-citanya.

Ketahuilah bahawa kamu berada dalam pentas perlumbaan, sedangkan waktu-waktu akan habis. Maka janganlah engkau kekal menuju kemalasan. Tidaklah luput sesuatu kecuali dengan kemalasan. Dan tidaklah dicapai sesuatu kecuali dengan kesungguhan dan tekad.” (Shoidul Khotir, hlm. 159-161)

Ibnul Jauzi berkata, “Demi Allah, ingatlah wajib atas kalian untuk memperhatikan jalan hidup salaf, mentelaah tulisan-tulisan mereka dan khabar-khabar mereka, maka memperbanyakkan telaah kitab-kitab mereka adalah seperti melihat mereka.”

Ibnul Jauzi berkata, “Hendaklah dia memperbanyakkan menelaah, sesungguhnya ia akan melihat ilmu-ilmu salaf, dan tingginya cita-cita mereka yang menajamkan fikirannya, dan menggerakkan tekadnya untuk bersungguh-sungguh.” (Shoidul Khotir, hlm. 440, dengan sedikit perubahan)

📂 (Faedah dari Kitab 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu, karya Syaikh ‘Abdussalam bin Barjas, diterbitkan Pustaka Al Haura’, diterjemahkan Abu Muhammad Ibnu Hamzah)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚