📜🍃📜🍃📜🍃📜🍃📜
🔗 Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu
❗Rintangan ke-1⃣: Menuntut Ilmu Untuk Selain Wajah Allah
📕 Rasulullah bersabda, “Barangsiapa mempelajari satu ilmu dari ilmu-ilmu yang seharusnya digunakan untuk mengharap wajah Allah, dia tidak mempelajarinya kecuali untuk memperoleh dengannya satu tujuan dunia, maka dia tidak akan mendapati baunya syurga pada hari kiamat (iaitu bau harumnya jannah).” (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahihkan Al-Hakim (1/85) serta disepakati Adz-Dzahabi)
Ibnu Mubarak berkata, “Tidaklah ada sesuatu yang lebih utama dibanding menuntut ilmu kerana Allah, dan tidak ada sesuatupun yang paling dimurkai oleh Allah dibanding menuntut ilmu kerana selain Allah.” (Al-Adab Asy-Syariah)
Al-Imam Adz-Dzahabi telah menerangkan tentang ucapan Ma’mar bin Rosyid, “Dulu dikatakan, sesungguhnya seseorang sungguh menuntut ilmu kerana selain Allah, tetapi ilmu itu enggan padanya sampai hal itu (dia niatkan) kerana Allah”, beliau berkata:
“Benar, dia menutut ilmu pertama kali dan yang mendorong dia menuntut ilmu adalah kerana cinta kepada ilmu, dan suka menghilangkan kebodohan, dan suka menjadi pegawai, dan yang semisalnya. Padanya belum ada ilmu tentang wajibnya untuk berniat ikhlas dan juga belum ada niat yang benar. Kemudian ketika dia mengetahui, dia perbaiki dirinya, dan takut dari bencana niatnya, sehingga datang niat yang baik semuanya atau sebahagiannya. Kadang dia bertaubat dan menyesal dari niatnya yang rosak. Tanda hal itu, dia menahan diri dari mengaku-ngaku berilmu, suka berdebat, dan bertujuan memperbanyakkan ilmu serta dia menegur dirinya. Maka (tetapi) jika dia memperbanyakkan ilmu, atau (dan) dia berkata, “Aku lebih berilmu daripada fulan”, maka kecelakaanlah baginya.” (Siyar A’lam an-Nubala (717)
📂 (Faedah dari Kitab 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu, karya Syaikh ‘Abdussalam bin Barjas, diterbitkan Pustaka Al Haura’, diterjemahkan Abu Muhammad Ibnu Hamzah)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚