Sabar Dengan Kekurangan Lisannya Isteri
• Jarir bin Abdullah رضي الله عنه datang kepada Umar al-Khattab رضي الله عنه mengeluhkan (buruknya akhlak) para isteri. Maka Umar berkata, “Kami pun juga mendapati hal yang serupa”. Sampai aku menginginkan hajat dan disampaikan padaku datangi bani fulan dan lihatlah para gadisnya (untuk dinadzor).
Melihat itu maka Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه berkata, “Tidakkah sampai padamu bahawa (Nabi) Ibrahim عليه السلام pun juga mengeluhkan kurangnya akhlak Sarah (isterinya). Maka dikatakan kepada beliau, “Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, maka bersabarlah atas kekurangannya selama tidak kamu dapati kerosakan pada agamanya”.
Mendengar penjelasan itu Umar berkata (kepada Ibnu Mas’ud), “Sungguh Allah telah memberimu ilmu yang banyak.” (Ath-Thabraniy 8/285)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf