🌿Perintah Berbakti Kepada Orang Tua Beriringan Dengan Perintah Bertauhid🌿
☝🏼Dirangkaikannya antara kewajipan bertauhid dengan berbuat baik kepada orang tua di dalam Al-Qur’an mahupun As-Sunnah menunjukkan bahawa berbakti kepada orang tua merupakan ibadah agung di sisi Allah. Di antaranya:
📖 Allah berfirman, “Katakanlah kemarilah aku membacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Rabbmu janganlah menyekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua.” (Al-An’am: 151)
📖 Allah berfirman, “Beribadahlah kepada Allah dan janganlah menyekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada orang tua.” (An-Nisa’: 36)
📕Di dalam As-Sunnah, Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Mahukah ku beritakan kepada kamu tentang dosa-dosa besar yang terbesar?” Kami menjawab, “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua…” (Muttafaqun ‘alaihi)
📂 (Buku Poket Al-Ilmu, Edisi 02/1436H/2014M)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: thoriqussalaf