Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

perbezaan antara ahlul bid’ah dengan ahlus sunnah yang terjatuh ke dalam kesalahan

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Perbezaan Antara Ahlul Bid’ah Dengan Ahlus Sunnah Yang Terjatuh Ke Dalam Kesalahan

🌺🌹Soal Jawab Seputar Pelajaran Kitab Ushul as-Sunnah Bersama asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali

⚡Perbezaan Antara Ahlul Bid’ah Dengan Ahlus Sunnah Yang Terjatuh Ke Dalam Kesalahan

❓Soal:
Anda telah membantah setiap pelaku bid’ah dan orang yang menyelisihi manhaj Salaf, dimana di antara mereka ada yang menetapkan suatu permasalahan, dan berdalil dengan hadits dhaif padanya, sementara Imam al-Barbahari juga pernah menetapkan beberapa permasalahan dan berdalil juga dengan hadits-hadits lemah (dhaif), bahkan palsu (maudhu’). Lalu bagaimana bisa anda membantah orang yang berdalil dengan (hadits) yang dhaif, sementara anda sendiri membiarkan (bantahan terhadap) seorang imam Salaf ini?!

✅ Jawab:
☝Yang pertama, aku sendiri tidak menganggap benar kalau al-Barbahari berhujjah dengan hadits-hadits yang dhaif atau bahkan palsu. Cuba jelaskan kepada kami tentang tuduhanmu ini! Dan mengapa engkau mengingkariku, sementara aku sangat menghormati para salaf seluruhnya dan tidaklah aku merendahkan mereka seorangpun, walhamdulillah.

❗Kami tidak membantah kecuali terhadap ahli bid’ah saja. Adapun para salaf yang dikenal keikhlasan, kejujuran dan agamanya, walaupun mereka pernah berbuat keliru, kami tetap anggap mereka memperoleh pahala dari kekeliruan (ijtihad)nya:

📕”Barangsiapa yang berijtihad (memutuskan hukum) dan ia benar, maka ia mendapat dua pahala. Dan barangsiapa yang berijtihad namun keliru, maka ia mendapat satu pahala.” (HR Bukhari)

👍 Kerana itu, jika seseorang dikenal taqwa, kebaikkan dan kejujurannya dalam mencari kebenaran namun ia keliru, maka ia juga mendapat pahala.

✊Adapun ahli bid’ah, tidak. Ahli bid’ah hanya mengikuti hawa nafsu mereka. Oleh kerana itu engkau dapati Ahli Bid’ah itu tidak akan ruju’ (kembali), sedangkan orang seperti mereka ini (Ahlus Sunnah, pent.) masih dapat kembali. Jika dikatakan kepadanya, “Engkau telah keliru”, maka ia kembali ruju’. Inilah (Imam) asy-Syafi’i, beliau ruju’ dari kesalahannya sendiri. (Imam) Ahmad juga berpindah dari satu pendapat kepada pendapat lain, kerana beliau mencari kebenaran. Beliau mengambil dalil-dalil yang ada, dan tidak mempermainkan dirinya sendiri. Beliau kembali. Bisa jadi beliau keliru, lalu diminta ruju’ dan kembalilah beliau. Abu Bakr dan selain mereka demikian pula.

👍 Jadi, para pengikut kebenaran ialah orang-orang yang dikenal kejujuran dan keikhlasannya, serta segera kembali kepada kebenaran. Meski ia sempat keliru, ia tetap mendapat pahala menurut kami dan menempati kedudukannya, tanpa merugikannya hal itu. Sementara para pengekor hawa nafsu, tidak demikian:

📖 “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabihat (samar) untuk menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (melainkan Allah dan…).” (Ali-Imran: 7)

☝Oleh kerana itu engkau saksikan para pengekor hawa nafsu itu juga tidak kembali, maka Rasulullah sebutkan:

📕”Mereka melesat (terlepas) dari agama ini bagaikan anak panah melesat (terlepas) dari busurnya, lalu mereka tidak kembali lagi hingga hari kiamat.” (HR Bukhari & Muslim)

✊Seorang mubtadi’ (ahlul bid’ah) sekarang ini -wahai ikhwan-, sama saja apakah revolusioner atau apapun bentuknya tidak akan kembali kepada kebenaran. Sekalipun engkau tegakkan atasnya puluhan dalil dalam masalah tersebut beserta ucapan para ulama, ia tetap tidak mahu kembali. Inilah keadaan pengikut hawa nafsu.

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚