🌵🌳 Pentingnya Takwa Disertai Dengan Akhlak Yang Baik
عن أبي هريرة وسُئلَ عن أكثرِ ما يُدْخِلُ النّاسَ الجنَّةَ؟ قال، ”تَقوى اللهِ وحُسْنُ الخُلُقِ.“ (أخرجه الترمذي ٢٠٠٤ وابن ماجه ٤٢٤٦)
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa nabi ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan orang ke syurga. Jawab baginda, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.” (HR Tirmidzi 2004 dan Ibnu Majah 4246)
• Al-Imam Ibnul Qoyim رحمه الله berkata, “Faedah penting bahawa Rasulullah ﷺ menggabungkan antara takwa kepada Allah dan akhlak yang baik, hal itu kerana takwa membenahi hubungan antara seorang hamba dengan Rabbnya, sementara akhlak yang baik membenahi hubungan antara seorang hamba dengan hamba Allah lainnya. Maka takwa menjadikan dia dicintai Allah dan akhlak yang baik menjadikan dia dicintai orang.” (Fawaid 54)
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf