🌴🍃 Pemberian Dari Allah Yang Paling Afdhal
قال الإمام ابن القيم:
إذا أدلى إليك صحة الفهم وحسن القصد من أعظم نعم الله التي أنعم بها على عبده بل ما أعطي عبد عطاء بعد الإسلام أفضل ولا أجل منهما بل هما ساقا الإسلام وقيامه عليهما وبهما يأمن العبد طريق المغضوب عليهم الذين فسد قصدهم وطريق الضالين الذين فسدت فهومهم ويصير من المنعم عليهم الذين حسنت أفهامهم وقصودهم وهم أهل الصراط المستقيم الذين أمرنا أن نسأل الله أن يهدينا صراطهم في كل صلاة وصحة الفهم نور يقذفه الله في قلب العبد يميز به بين الصحيح والفاسد والحق والباطل والهدى والضلال والغي والرشاد
Al-Imam Ibnul Qoyim berkata:
“Jika diberikan padamu pemahaman yang benar serta niat yang baik maka sungguh hal tersebut termasuk kenikmatan terbesar yang Allah anugerah pada hambaNya. Bahkan setelah Islam seorang hamba tidaklah diberi pemberian yang lebih afdhal dan lebih baik dari keduanya (pemahaman yang benar serta niat yang baik). Bahkan keduanya merupakan penyanggah Islam dan di atas keduanya pula Islam ditegakkan.
Juga dengan keduanya pula seorang hamba selamat dari jalan orang-orang yang dimurkai iaitu mereka yang buruk niatnya
serta jalan orang-orang yang sesat iaitu mereka yang rosak pemahamannya,
maka dengan keduanyalah seorang hamba menjadi golongan orang-orang yang Allah beri kenikmatan iaitu orang-orang yang benar pemahamannya serta baik niatnya.
Dan merekalah orang-orang yang di atas jalan yang lurus yang kita diperintah dalam setiap solat untuk memohon kepada Allah agar memberi hidayah kita untuk berjalan di atas jalan mereka.
Dan pemahaman yang benar merupakan cahaya yang Allah berikan pada qolbu seorang hamba dengannya dia mampu membezakan antara:
• yang benar dari yang salah,
• yang haq dari yang batil,
• yang hidayah dari yang sesat,
• serta jalan yang benar dari jalan yang sesat.”
(I’lam Muwaqi’in 1/87)
فاللهم ارزقنا فهما صحيحا وقصدا حسنا
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf