Pelajaran Bagi Para Isteri (Bersyukurlah Wahai Para Isteri)
• Salah satu Raja Andalus (Sepanyol) bernama Mu’thamad Ibnu Abbad, dia memiliki seorang permaisuri, ibu dari anak-anaknya bernama Rumeikiah yang digelari dengan I’timad.
Diriwayatkan bahawa suatu hari Rumeikiah melihat para wanita desa di Sevilla, mereka menjual susu yang diletakkan dalam bungkusan kulit dan diikat. Dalam keadaan mereka mengangkat pakaian mereka sampai ke betisnya. Hal itu kerana air susu itu banyak tumpah membasahi tanah (becak).
Maka Rumeikiah berkata, “Aku ingin melakukan hal yang serupa dengan para dayang-dayangku seperti para wanita Sevilla itu”.
Lalu Rumeikiah meminta hal itu kepada Mu’thamad suaminya agar ditumpahkan sekian banyak wangian misk (kasturi), minyak wangi anbar dan yang lain-lain dari wewangian termasuk air dari bunga mawar yang wangi. Semua itu ditumpahkan di tanah hingga becak.
Kemudian Rumeikiah meminta bungkusan kulit dan tali dari kain sutera. Lalu Rumeikiah keluar dengan para dayang-dayangnya bermain-main di tanah (becak) tersebut.
Setelah suaminya Mu’thamad turun dari kekuasaannya, terjadi di antara keduanya perselisihan (argumentasi) layaknya suami isteri. Lalu Rumeikiah berkata kepada suaminya, “Demi Allah, aku tidak pernah mendapati kebaikan darimu”.
Maka suaminya mengatakan kepadanya, “Lalu bagaimana dengan hari lumpur dari wangian misk, minyak anbar dan air mawar?”. (Dia) Mengingatkan isterinya bahawa saat itu dia telah menggunakan sekian banyak kekayaan istana.
Maka Rumeikiah pun terdiam dan tertunduk malu.” (Nafhu Thib 1/440)
فيا سبحان الله
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf